Zaman ‘senang’ penjawat awam sudah berakhir

single-image

Jika dahulu di masa pemerintahan Pak Lah dan Najib Razak, ramai penjawat awak merasa tempiasnya kemewahan. Walaupun dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi, namun lonjakan gaji penjawat awam membuatkan mereka mampu tersenyum mendepani hari-hari berikutnya.

Tun Mahathir yang membenci polisi memberi kemewahan kepada penjawat awam tidak senang dengan situasi semasa kini. Beliau mendakwa bahawa Pak Lah dan Najib Razak lah yang menyebabkan kos pengurusan penjawat awam mencanak tinggi. Penjawat Awam tidak sepatutnya dimanjakan sebegitu kerana banyak wang yang dihabiskan tetapi kualiti perkhidmatan tetap pada aras yang sama.

Benarkah begitu?

Strategi Pak Lah sebenarnya banyak membantu Penjawat Awam. Dan polisi ini diteruskan penggantinya selepas itu. Dengan kenaikan gaji yang tinggi, Penjawat Awal boleh merasa duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi dengan pekerja swasta. Malah kenaikan dan pelbagai polisi yang diperkenalkan membantu pekerja sektor awam untuk memilik kenderaan dan rumah mampu milik.

Seiring dengan penambahan pendapatan kepada sektor Awam, diperkenalkan pula Kempen Anti-Rasuah terutamanya di kalangan pihak keselamatan seperti Polis. Ternyata, strategi ini menunjukkan kesan yang positif apabila terdapat penurunan yang mendadak dalam gejala rasuah di kalangan penjawat awam rendah.

Logiknya, penjawat awam tidak perlu runsing dan berhempas pulas untuk mencari sumber pendapatan yang lain. Ruang untuk melakukan rasuah terbuka luas sekiranya penjawat awam sentiasa kesempitan dan memerlukan wang tambahan selain daripada gaji yang asal.

Kini, dengan pemerintahan Perdana Menteri yang tidak suka kepada kenaikan gaji yang tinggi kepada penjawat awam, dikhuatiri, gejala rasuah akan kembali melonjak naik.

Dengan amalan cukai SST yang tidak membantu menurunkan kos barang, pengecilan penjawat awam sudah pasti akan membuka lebih banyak ruang untuk mereka melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang tambahan. Pastinya dengan cara yang lebih senang.

Johan Arif merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.