Youth Power Club ditubuhkan untuk kukuhkan kedudukan Syed Saddiq

single-image

Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu bahawa baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah mengumumkan penubuhan Youth Power Club (YPC) di setiap 222 buah Parlimen. Malah kerajaan juga akan memperuntukan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan Program Youth Power.

Manakala RM7.4 juta setahun daripadanya akan diperuntukan untuk menggerakkan Youth Power Club itu sendiri di 222 kawasan di seluruh negeri. Tidak pasti sama ada Syed Saddiq sedar ataupun tidak, pada ketika ini sudah ada terlalu banyak Persatuan Belia yang mempunyai organisasi dan ahli yang lengkap. 

Jadi kenapa perlu tubuhkan persatuan yang baharu jika benar hasratnya untuk membantu golongan belia? Lebih baik mencari jalan bagaimana untuk mengaktifkan persatuan yang sedia ada ini berbanding menubuhkan persatuan yang baharu.

Lagi pula bukankah kerajaan Pakatan Harapan sendiri yang mengatakan negara ini tidak mempunyai kewangan yang stabil? Sehinggakan inisiatif untuk rakyat juga dikurangkan seperti Bantuan Sara Hidup dengan alasan keadaan kewangan Malaysia tidak kukuh.

Tetapi tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja kerajaan memperuntukan sejumlah wang yang besar kepada sebuah persatuan yang baharu. Lebih mengejutkan lagi persatuan ini diketuai oleh Angkatan Bersatu Anak Muda atau lebih dikenali sebagai ARMADA. Pokok pangkalnya siapa pula keahlian persatuan itu dan adakah setiap jawatan dipilih secara lantikan politik juga?

Malah persoalannya lagi, adakah persatuan ini ditubuhkan semata-mata untuk agenda politik kerajaan Pakatan Harapan? Atau lebih tepat lagi untuk memperkukuhkan kedudukan Syed Saddiq di masa hadapan?

Walau bagaimanapun saya amat kesal jika persatuan ini ditubuhkan untuk ‘menghalalkan’ sesuatu perkara secara tersembunyi. Kerana saya pegang kepada prinsip Syed Saddiq sebelum ini yang pernah bersungguh-sungguh untuk meneutralisasikan persatuan belia dengan mencadangkan supaya mana-mana persatuan belia tidak lagi diterajui oleh individu dari mana-mana parti politik.

Dek kerana tidak mahu menjadikan persatuan belia sebagai identiti untuk mempromosikan parti atau menggunakannya sebagai jentera dalam kempen pilihanraya. Dalam tidak sedar juga sebenarnya Syed Saddiq sudah membuat satu ‘U-turn maut’ yang mencalarkan prinsip yang dipegangnya sebelum ini.

Jadi apa yang saya lihat situasi yang berlaku sekarang ini tidak ada bezanya dengan apa yang didakwanya sebelum ini. Jika Syed Saddiq menidakkan perkara ini apakah jaminan Syed Saddiq bahawa Youth Power Club ini tidak sekali-kali akan terjerumus ke arah itu dan tidak digunakan sebagai kambing hitam untuk kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu?

Jika tiada jaminan memang benarlah ini juga salah satu cara ARMADA menghalalkan duit kerajaan untuk mengerakkan program-program politik secara halus. Kalau tidak masakan perlu tubuhkan persatuan yang baharu sedangkan persatuan sedia ada sudah lebih daripada cukup.

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.