Wakil rakyat DAP bersifat tidak sensitif, ekstremis & rasis

single-image

1. YB Chew Chong Sin, ADUN Mengkibol telah mengeluarkan kenyataan sensitif dan ekstremis apabila mengaitkan peristiwa pembunuhan umat Islam di dua buah masjid di sekitar Christchurch, New Zealand dengan kerjasama UMNO-PAS.

2. Walaupun beliau telah menarik semula kenyataan kira-kira sejam kemudian. Ianya umpama “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Ia menggambarkan beliau dan ideologi DAP yang tidak sensitif dan selalu berprasangka buruk terhadap umat Islam dan orang Melayu.

3. Beliau sengaja mencetuskan kebencian dan provokasi kepada kerjasama UMNO-PAS dan menganggap penyatuan atas nama Islam ini adalah extremis.

4. Saya ingin menegaskan kepada beliau dan semua pelampau di negara ini agar tidak terikut-ikut dengan sentimen yang selalu dimainkan oleh Barat atau mana-mana kumpulan anti-agama dan kumpulan anti-Islam.

5. Saya juga ingin menegaskan agar parti DAP untuk tidak menangguk di air yang keruh atas peristiwa sedih yang sedang menimpa umat Islam di New Zealand. Sememangnya, ianya juga memberi kesan kepada umat Islam di Malaysia.

6. Saya menggesa agar YB Chew Chong Sin memohon maaf kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dan parti DAP pula harus memastikan ianya tidak berulang dalam kita menjaga keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia ini.

7. Takziah kepada keluarga mangsa khususnya warga Malaysia yang terlibat dengan peristiwa di Christchurh, New Zealand. Kami rakyat Malaysia sesungguhnya simpati dan berdoa agar Allah SWT melindungi kita semua.

Hahasrin Hashim
ADUN Panti
Naib Ketua UMNO Bahagian Tenggara
15hb Mac 2019

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.