Wabak Covind-19 : Ada Kewajaran Tangguh SUKMA Johor 2020

single-image

13 Februari 2020

Menurut laporan akhbar Sinar Harian pada 12 Februari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara-negara rantau ini termasuk Malaysia supaya bersedia terhadap sebarang kemungkinan penyebaran wabak koronavirus (Covid-19) yang lebih meluas serta memberi gambaran bahawa virus itu ketika ini berada ‘di persimpangan yang kritikal’ kerana sudah terdapat kes positif Convid-19 yang langsung tiada hubungan 

Sehingga kini, menurut data yang dikeluarkan oleh John Hopkins CSSE, lebih 60,329 positif Covind-19 dan merekodkan lebih 1369 orang kematian di China akibat virus ini.

Sudah tentu ini merupakan satu aras permasalahan global yang perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri Johor terutama apabila Johor bakal menjadi tuan rumah SUKMA 2020 menjelang Julai ini.

Adalah lebih baik agar pertimbangan dan satu keputusan yang wajar dibuat lebih awal iaitu menangguhkan seketika SUKMA 2020 ini ke suatu tarikh baharu atas beberapa faktor;

1. Tiada tanda dan jaminan Corvind-19 akan menemui jalan penyelesaian dalam masa terdekat.

2. Tiada pelan mitigasi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi persediaan menghadapi penganjuran SUKMA ini dikala Johor juga terdedah dengan ancaman Convind-19.

3. Kos RM150 juta bagi menganjurkan SUKMA 2020 akan menjadi satu pelaburan yang sia-sia jika penganjurannya kelak tidak mendapat perhatian daripada rakyat Johor yang masih lagi khuatir terhadap ancaman Convind-19 dan seterusnya memberikan impak negatif terhadap nilai komersial, prestasi atlet serta Johor sebagai tuan rumah.

4. Kerajaan Negeri tidak mempunyai keupayaan dalam skala besar bagi membuat tapisan keselamatan kesihatan sepanjang SUKMA 2020 berlangsung.

Sebagai rakyat Johor, kearifan dan pertimbangan sewajarnya diperlukan daripada kepimpinan negeri agar tidak sekali lagi mengulangi kesilapan percaturan membuat keputusan seperti bencana lain yang melanda Johor sebelum ini seperti pencemaran Sg Kim Kim dan lain-lain.

Fikri Allaudin

Persatuan Pemikir Muda Johor

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.