Vaksin Pfizer-Biontech tiba di KLIA

single-image

SEPANG- Pesawat MAS MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech selamat mendarat di KLIA pada 10.07 pagi tadi.

Pendaratan bersejarah pesawat MAS yang dengan bekalan vaksin Covid-19 kumpulan pertama yang ditempah di KLIA pagi ini menerima tepukan gemuruh dari para hadirin.

Pendaratan itu disaksikan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebaik pesawat mendarat, vaksin yang ditempatkan dalam peranti muatan unit akan dipindahkan dari bahagian kargo pesawat ke lori lima tan milik sebuah syarikat pengangkutan.

Selesai proses pemindahan, lori berkenaan akan diiringi PDRM untuk ke lokasi penyimpanan vaksin ditetapkan sebagai langkah keselamatan.

MalaysiaGazette

Leave a Comment

Your email address will not be published.