Usul Tun M hanya mainan politik

single-image

KUALA LUMPUR : Usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan menggoyahkan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Bahagan Bersatu Bandar Tun Razak, Mohd. Shahni Ismail yakin semua yang dilakukan itu sekadar gimik politik yang dimainkan Dr. Mahathir.

“Gimik Tun untuk buat undi tak percaya itu mainan politik sahaja, tidak membawa kesan kepada kerajaan hari ini.

“Bagi saya kalau nak buat undi tak percaya daripada sebelum ini boleh jadi Perdana Menteri kan. Ini semua gimik politik,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui pada Program Drive Thru Bubur Lambuk Bersatu Bantura 2020 di Bandar Tun Razak, hari ini.

Mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bandar Tun Razak, beliau menyuarakan sokongan kepada kepimpinan Muhyiddin.

Tambah Mohd. Shahni, Ahli Parlimen Pagoh itu wajar menerima sokongan penuh untuk meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri.

Ujarnya, sebarang perbalahan politik sepatutnya dilunaskan pada pilihan raya akan datang kerana kini adalah masa untuk memberi tumpuan kepada rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Yang penting sekarang kita fokus kepada rakyat, rakyat sekarang ini sudah tertekan, kesian rakyat dengan pandemik ini. Bukan rakyat, saya sendiri terasa jadi kalau kita masih nak berbalah bab politik saya rasa bukan masanya. Tunggulah pilihan raya kalau mahu berbalah,” tambahnya.

Ditanya tentang hubungan di antara UMNO, Pas dan Bersatu Bandar Tun Razak, Mohd. Shahni berkata, kewujudan PN mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan pemimpin di situ.

“Kami tidak ada masalah, kami saling toleransi antara satu sama lain, kami berkawan. Hubungan makin erat,” ujar beliau.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.