Usul tergempar berhubung tindakan Ahli Parlimen Labis

single-image

ISKANDAR PUTERI : Hari kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor memperlihatkan Datuk Ir Hasni Mohammad selaku Ketua Pembangkang telah membentangkan usul tergempar berhubung soalan lisan Ahli Parlimen Labis yang menghina institusi Di Raja Johor.

Dalam usul tersebut, Datuk Ir Hasni mengemukakan bantahan dan mempersoalkan tindakan dewan rakyat meluluskan soalan Ahli Parlimen Labis.

“Saya meminta supaya dewan rakyat memberi penjelasan bagaimana perkara begini boleh menjadi soalan 40 bererti bahawa soalan ini diterima oleh dewan rakyat.

“apakah alasan dewan rakyat bahawa nombor plat TMJ dan RZ ini tidak ada kena mengena dengan institusi diraja?” katanya.

Datuk Ir Hasni berkata usul yang dikemukakan ini dianggap sebagai usul yang khusus memandangkan ahli dewan juga bersetuju bahawa usul ini berkepentingan ramai tetapi ahli dewan turut berpendapat ianya tidak perlu disegerakan.

“Saya tidak dapat mencari alasan kenapa harus kita tangguhkan perkara yang melibatkan Institusi Diraja bila Ahli Parlimen Labis mempertikaikan no plat kenderaan TMJ dan RZ;” katanya.

Menurutnya lagi mengikut peraturan dewan fasal 45 – 15,16 dan 17 jelas menekankan tentang peraturan dan juga kenyataan-kenyataan yang boleh dibuat oleh seseorang ahli dewan.

“Kita sebagai Ahli Dewan dihalang dan tidak dibenarkan untuk berbahas mengenai perkara-perkara yang bersabit dengan nama, raja-raja, pemimpin-pemimpin negara luar dan sebagainya. Termasuk perangai, tingkah laku raja-raja termasuk Yang Di-pertuan Agong,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Ir Hasni menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Labis suatu tindakan yang menghina institusi diraja Johor.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri sesi pagi Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.