Undian netizen di media sosial menolak Shafie Apdal, sokongan Tan Sri Muhyiddin kekal PM

single-image

Kecoh di media sosial bila portal berbayar Parti Warisan Sabah, warisanonline.com siarkan undi atas talian yang menyatakan 63% rakyat Malaysia bersetuju untuk Shafie Apdal menjadi PM ke 9. Yang kelakarnya jumlah responden undian tu cuma kurang dari 2 ribu org saja dan katanya dari 8 daerah di Sabah.

Takkan la 8 daerah di Sabah tu cuma dapat kutip undi 1,909 org sedangkan di KK saja ada 553 ribu org? Maksudnya portal itu jelas menipu untuk mendakwa rakyat Malaysia menyokong Shafie. Berbeza pula dengan undian dalam page Suara Masyarakat Sabah yang berjaya mengutip 213 ribu responden!

Hasil dari undian itu menunjukkan Muhyiddin berjaya mendapat 90% undi berbanding Shafie yang hanya mendapat 10%. Maknanya lebih 192 ribu responden menyokong Muhyiddin dan menolak pencalonan Shafie. Kita boleh bandingkan sendiri, mana satu keputusan yang lebih meyakinkan rakyat? Keputusan dari 2 ribu atau 213 ribu responden?

Jadi dengan jelas undian netizan dalam media sosial ni menolak pencalonan Shafie sebagai PM ke 9 dan menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai PM. Majoriti rakyat Sabah juga mengecam Shafie kerana dilihat gagal mengurus tadbir negeri Sabah dengan baik kemudian berkeinginan nak menjadi PM pula.

Ini adalah tamparan terbaru kepada Shafie Apdal dan Warisan sendiri kerana mereka dilihat lebih mempercayai hasil undian dari portal mereka untuk menghebohkan kepada orang ramai. Ni namanya syok sendiri.

Malah jika nak dibandingkan, jumlah undian yang menyokong Shafie dalam portal itu juga lebih sedikit dari jumlah ahli Warisan yang keluar parti baru2 ini. Lagi mau tipu rakyat kah?

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.