UMNO tanding di Tanjung Piai?

single-image

JOHOR BAHRU : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan kerusi Parlimen Tanjung Piai dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 16 November ini mungkin akan ditandingi calon daripada UMNO.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perkara paling utama adalah memastikan kemenangan BN dalam PRK itu.

“MCA perlu berlapang dada, sepertimana MIC berlapang dada di Parlimen Cameron Highlands.

“Kita tidak menolak sebarang kemungkinan, apa yang paling penting adalah untuk mengalahkan Pakatan Harapan (PH) dan memenangkan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas merasmikan Konvensyen UMNO Johor 2019 yang diadakan di Hotel Trove, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, BN akan membuat keputusan berhubung calon bagi kerusi tersebut menerusi kajian lapangan yang akan dijalankan parti itu.

“Mesyuarat Dewan Tertinggi BN adalah tempat terbaik untuk kita memuktamadkan calon yang akan bertanding dalam PRK Tanjung Piai.

“Siapa calonnya akan diumumkan sebelum 2 November nanti,” tambahnya.

Sumber : Utusan Online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.