UMNO tak boleh bergantung kepada kelemahan PH

single-image

KUALA LUMPUR : Muafakat Nasional (MN) adalah satu gerakan politik yang baik namun tidak harus dijadikan jaminan kemenangan UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, MN hanyalah salah satu strategi, bukan satu-satunya strategi untuk menang PRU.

Dalam masa yang sama, UMNO tidak boleh berharap kelemahan Pakatan Harapan semata-mata kerana sebagai kerajaan, Pakatan Harapan mampu membuat pelbagai kejutan pada PRU akan datang.

“Jika mahu menang PRU-15, UMNO sendiri harus mengukuhkan struktur parti, memperbaiki kelemahan lalu dan mengurangkan konflik dalaman parti.

“Dengan kata lain, jika mahu kekal relevan dan mendapat mandat dalam PRU akan datang, parti harus sedia berubah mengikut peredaran masa dan memahami kehendak rakyat,” kata Mohamad yang berkongsi ucapan beliau ketika menutup Konvensyen UMNO Negeri Sembilan petang tadi.

Tegasnya lagi, kekalahan UMNO pada PRU ke-14 yang lalu akibat pelbagai isu nasional dan tempatan serta faktor luaran dan dalaman.

Lantaran itu, UMNO tidak boleh berada dalam penafian mengenai punca-punca kekalahan lepas sehingga menyebabkan strategi tersasar.

Jadi, katanya, strategi UMNO untuk memenangi PRU -15 harus mengambil kira usaha mengatasi semua isu-isu ini.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.