UMNO perlu bersedia hadapi PRU mengejut

single-image

KUALA LUMPUR : UMNO perlu mula bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-15 secara mengejut.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, persediaan tersebut termasuklah berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi yang perlu dibincangkan bersama rakan parti pembangkang iaitu, Pas serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Kita kena selesaikan supaya tidak akan berbangkit sesuatu yang memecahkan kita, kita juga kena ambil kira bukan Melayu yang selama ini menjadi kawan setia kita.

“Saya rasa kena mula sekarang, kalau pilihan raya mengejut macam mana? Ya mungkin, kalau ada perubahan kepemimpinan, ada pilihan raya mengejut,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di pekarangan Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Lembaga Penasihat MPM, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Abu Zahar Ujang serta

Setiausaha Agung MPM, Datuk Hasan Mad.

Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan sebelum itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau berpandangan keadaan ekonomi negara ketika ini tidak berada dalam keadaan baik dan pertumbuhan ekonomi tidak akan seperti yang dijangkakan.

“Dalam keadaan nilai ringgit kita terus menjunam jatuh, ia membawa banyak masalah dan termasuk hutang negara bertambah, itu kerajaan perlu perbaiki ketika ini.

“Selagi itu tidak diperbaiki, masalah ini akan berlaku terus menerus, nak tarik pelabur bukan mudah dalam keadaan nilai ringgit kita. Hanya kemasukan modal bersih dalam negara yang banyak dapat mendorong menyelesaikan masalah ini tapi itu takkan berlaku, hanya tindakan pengubahsuaian oleh kerajaan dapat mengukuhkan nilai ringgit, “ katanya. 

Sumber : Utusan Online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.