UMNO, PAS sokong Muhyiddin calon PM PRU-15

single-image

“Mesyuarat bersama pemandu Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS membincangkan perkara itu di peringkat jawatankuasa yang mana kita telah bersetuju untuk terus beri sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan beliau adalah anggota kepada gabungan PN (Perikatan Nasional).

“Untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti telah bersetuju untuk menamakan atau menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

“Di peringkat jawatankuasa bersama MN yang mana saya setiausaha agungnya, …betul memang apa disebutkan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu adalah perkara yang telah dibincangkan bersama PAS dan UMNO. Dalam soal ini (ia) adalah pendirian (kami) sama. Saya sahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat tawaran permit sementara waktu terhad Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada 97 penjaja di Setapak Indah, di sini, hari ini.

Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, keputusan itu akan dibawa ke saluran parti masing-masing untuk perbincangan lanjut.

Sumber : Berita Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.