UMNO mengorak langkah Membumikan Nasionalisme Melayu Baru

single-image

UMNO mengorak langkah Membumikan Nasionalisme Melayu Baru

JOHOR BAHRU : Dalam ucapan dasar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad menasihatkan supaya semua ahli UMNO mengorak langkah bersama dan terus cekal bekerja untuk menyakinkan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia semula.

Menurut beliau, UMNO sudah berubah dan akan terus berubah untuk meneruskan kelangsungan perjuangan parti.

Datuk Ir Hasni seterusnya menyeru supaya semua perlu Membumikan Nasionalisme Melayu Baru.

“Tiba masanya konteks nasionalisme difahami dan diterjemahkan oleh semua ahli parti dan orang Melayu dengan kaedah dan pembawakan yang berbeza.

“Jika kita mahu benar-benar berubah, maka inilah langkah pertama dan paling asas buat kita iaitu menukarkan kefahaman terhadap asas perjuangan parti dan bangsa, katanya ketika ucapan dasarnya di Konvensyen UMNO Johor 2019.

Dalam perkembangan lain, UMNO dan Barisan Nasional Johor sedang memasuki ‘mood’ pilihan raya setelah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Datuk Dr. Md  Farid Md Rafik .

Datuk Ir Hasni menyifatkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai merupakan satu simulasi kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 15.

“PRK Parlimen Tanjung Piai  adalah satu bentuk ‘latihan amali’ bagi Barisan Nasional Johor mempersiapkan diri untuk memenangi semula negeri Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“percayalah, hanya bakat dan pemimpin yang terbaik akan dinamakan sebagai bakal calon wakil rakyat baharu Parlimen Tanjung Piai, katanya.

Ia merupakan konvensyen pertama yang diadakan di bawah kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benut.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.