UMNO dan PAS Dalam Kerjasama Muafakat Nasional

single-image

23 November 2020

  1. UMNO dan PAS adalah pendiri Muafakat Nasional. Semenjak Muafakat
    Nasional diasaskan, kerjasama UMNO dan PAS adalah sangat utuh.
  2. UMNO sangat menghargai setiakawan PAS dan kerjasama keduanya telah banyak membuahkan kebaikan kepada politik Melayu Islam di Malaysia.
  3. Walaupun PAS menyertai PN, UMNO tidak menghalangnya kerana UMNO memahami dan menghormati kedudukan PAS. Lagipun piagam Muafakat Nasional tidak pernah menghalang PAS bekerjsama dengan sesiapapun.
  4. Maka demikian juga yang UMNO harapkan dari PAS tentang hubungan UMNO dengan BERSATU.
  5. UMNO yakin PAS tidak akan memaksa UMNO untuk menerima BERSATU
    apalagi memberikan kerusi kepada BERSATU dengan sewenangnya.
  6. Kerana itu, saya yakin bahawa kenyataan bahawa ‘PAS tidak akan bersama UMNO tanpa BERSATU’ oleh seorang yang bukan jurucakap PAS, tidak mewakili pendirian PAS.
  7. Ia datang dari seorang yang hanya ingin meyelamatkan BERSATU dan
    memecah-belahkan Muafakat Nasional.
  8. UMNO dan PAS menyedari bahawa kepentingan tertinggi ialah rundingan kerusi pilihan raya antara keduanya sebagai sebahagian dari Muafakat Nasional.
  9. PAS pasti menyedari bahawa akan ada kerusi yang UMNO akan bertembung dengan BERSATU. Oleh kerana UMNO bukan sebahagian dari PN, maka apa jua rundingan dengan BERSATU adalah untuk UMNO lakukan terus dengan PN melalui BN.
  10. UMNO dan PAS mempunyai sinergi yang meyakinkan. Maka sinergi inilah yang mesti dioptimumkan waktu ini.
  11. Selain PAS, kerjasama UMNO dengan parti yang lain adalah berdasarkan
    formula kemampuan parti tersebut memberikan UMNO ‘strategic advantage’ untuk kebolehmenangan.
  12. UMNO bukan dalam misi memberikan ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan UMNO.
  13. UMNO juga tidak mahu dipaksa menerima sesiapa untuk menjadi rakan politiknya. Hanya jauhari yang mengenal manikam.
  14. Keutamaan UMNO ialah kemenangan berganda dengan kerjasama PAS. Selebihnya, biar UMNO akan tentukan jalannya sendiri.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO

Leave a Comment

Your email address will not be published.