UMNO Bahagian Pontian setuju PRU disegerakan

single-image

Berhubung dengan usul-usul dari bahagian-bahagian, UMNO Johor menggambarkan hasrat bahagian-bahagian untuk terus diberi ruang bertanding di dalam pilihan raya khususnya di kawasan-kawasan yang dahulunya mereka wakili.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad berkata hasrat bahagian turut meminta supaya pilihan raya umum (PRU) segera diadakan.

“Juga usul-usul bahagian-bahagian supaya logo parti yang bertanding menggunakan lambang dacing dan parti Barisan Nasional (BN),

“Maka dalam persidangan UMNO Bahagian Pontian pada hari ini kita juga setuju memandangkan kerajaan negeri yang mempunyai majoriti yang begitu tipis.

“Malah rundingan berkenaan pengagihan kerusi dan ketetapan calon juga perlu dibincangkan,” katanya ketika ditemubual semalam.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini setelah ditangguhkan beberapa kali akibat penularan pandemik COVID-19.

Leave a Comment

Your email address will not be published.