Ubat gigi arang untuk putihkan gigi? Ini jawapan Dr.Amalina

single-image

Pakar Bedah England Dr Amalina Che Bakri yang aktif di laman sosial kali ini tampil memberi pandangan beliau mengenai penggunaan ubat gigi arang yang menjadi perbualan ramai.

Beliau tampil berkongsi maklumat selepas disoal seorang netizen mengenai kebaikan menggunakan ubat gigi arang selain posting Amalina sendiri pada Julai lalu yang turut menekankan kesan sampingannya.

Dalam muatnaik terbaru, beliau menekankan, “Arang tidak memutihkan gigi.”

Malah katanya lagi, tiada sebarang produk yang boleh memutihkan gigi sebaliknya hanya boleh membersihkan gigi.

“Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, ia boleh melemahkan enamel,” ujarnya lagi.

Tweet tersebut mendapat reaksi netizen yang pelbagai, ada yang menyokong manakala segelintir terus mengutuskan pelbagai jenis persoalan lain mengenai prosedur pemutihan gigi dan penjagaan kesihatan gigi.

Sebelum ini, sebuah klinik gigi @kaldentalclinic dalam posting instastories pada Julai lalu juga pernah berkata, penggunaan arang yang berbentuk serbuk hitam pada gigi, selepas dikumur memberi efek gigi putih hanya sekadar mainan psikologi sahaja.

Sumber : Free Malaysian Today

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.