Tunku Ismail Luah Rasa Terkilan

single-image

JOHOR BAHRU – Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa terkilan selepas melihat keadaan wad di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar tiga tahun lalu seakan tiada usaha memulihkannya apabila masih terdapat kesan terbakar.

Tunku Ismail hari ini berkenan melawat wad berkenaan dan sebelum ini baginda juga pernah ke wad itu pada 1 November 2018.

Tunku Ismail menerusi akaun laman Facebook peribadi miliknya, HRH Crown Prince of Johor bertitah, adakah rakyat Johor kini dianaktirikan sehinggakan fasiliti penting untuk rakyat Johor telah menjadi tempat terbiar?

Menurut baginda, sehingga hari ini, mengapa insentif-insentif kerajaan Persekutuan untuk kerajaan negeri dan rakyat Johor semakin berkurangan sehinggakan selepas tiga tahun pun wad hospital tidak dibaiki?

“Saya berharap agar hal yang melibatkan kepentingan rakyat tidak diabaikan begitu saja kerana itulah yang perlu diutamakan oleh pihak yang memerintah.

“Johor menyumbang 9.6 peratus terhadap ekonomi negara pada tahun 2018, iaitu sebanyak RM138.9 bilion. Maka rakyat Johor berhak untuk mendapatkan kemudahan yang terbaik bagi kesenangan hidup mereka,” titahnya.

Dalam kejadian pada 25 Oktober 2016, enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut dalam kebakaran di tingkat dua wad ICU Selatan HSA Johor Bahru.

Sumber : Sinar Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.