Tun Mahathir takut hilang kuasa di Johor

single-image

Sejak isu peletakkan jawatan Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor tempoh hari, banyak   timbulnya tanda tanya dan juga perbincangan mengenai status Menteri Besar Johor yang baharu.  Pastinya ia memberi tanda tanya siapakah yang akan menggantikan tempat Osman Sapian yang sedang kosong ini.

Malah sejak isu ini berlegar di media, tidak kurangnya pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang. Tetapi apa yang menariknya dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak ini ada yang menarik perhatian saya.

Jika kita lihat baru-baru ini, Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad melalui kenyataannya ada mencadangkan kepada pihak istana Johor supaya Dewan Negeri Johor dibubarkan jika bukan Muhyiddin Yassin yang menjadi Menteri Besar. Perkara ini diusulkan adalah kerana parti Pakatan Harapan dilihat tidak mempunyai pemimpin yang betul-betul layak untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

Jadi cadangan ini diusulkan semata-mata ingin memberi peluang sekali lagi kepada rakyat negeri Johor untuk memilih pemimpin yang berkebolehan dan cekap dalam menentukan hala tuju negeri Johor.

Apa yang menariknya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ir Hasni Mohamad ini telah membuatkan Tun Mahathir ‘triggered’. Disebabkan ini, Tun Mahathir telah membuat kenyataan balas dengan menempelak UMNO Johor supaya diam dan tidak perlu masuk campur dalam urusan menamakan calon Menteri Besar Johor yang baharu.

Sebenarnya bukan sukar untuk memahami kenapa Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan seperti itu. Hal ini kerana Tun Mahathir bukan seorang yang ‘pelupa’ bagi saya yang ‘pelupa’ hanya orang Melayu sahaja. Oleh itu, dalam hal ini sebenarnya Tun Mahathir saja buat-buat lupa yang sebenarnya UMNO ini sekarang adalah pembangkang.

Jadi bukankah kerja pembangkang ini adalah untuk menghasut rakyat supaya menentang setiap keputusan oleh kerajaan seperti mana yang pernah Rafizi Ramli katakan suatu ketika dahulu?

Sekarang ini, UMNO Johor sedang jalankan tugasnya sebagai pembangkang jadi kenapa perlu UMNO Johor berdiam diri? Walhal UMNO Johor juga mempunyai hak untuk memberikan cadangan. Ia hanya sekadar cadangan sahaja kerana kuasa untuk menentukannya adalah tertakluk kepada keputusan istana Johor.

Bagi saya sekiranya Pakatan Harapan benar-benar yakin bahawa kuasa mereka masih kuat dan kukuh. Malah turut yakin bahawa mereka masih mendapat sokongan daripada rakyat, kenapa mereka perlu takut dengan cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang yang belum tentu lagi pihak istana Johor setuju?

Persoalannya, adakah Tun Mahathir takut jika Pilihan Raya Negeri diadakan, Pakatan Harapan akan hilang penguasaannya di Johor? Atau lebih tepat lagi hilang hak untuk menguasai sebuah negeri yang kaya?

Hakikat yang sebenar juga Tun Mahathir sedar jika berlaku Pilihan Raya Negeri sekarang ini sudah pasti keputusannya nanti tidak memihak kepada Pakatan Harapan. Ditambah pula dengan krisis   yang berlaku antara Putrajaya dengan istana Johor pastinya jalan sukar yang perlu mereka harungi.

Ini belum lagi cerita tentang kenyataan biadap dari beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan secara tidak langsung ia sekali gus merumitkan lagi keadaan untuk Pakatan Harapan mengekalkan kerusi mereka di Johor.

Mahu tidak mahu, Tun Mahathir perlu sedar apabila seseorang Menteri Besar ditukar atau digugurkan tanpa alasan yang munasabah ia adalah bukti besar yang menggambarkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan Johor adalah sebuah kerajaan yang gagal.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.