Tun Mahathir dan Anwar budak suruhan DAP?

single-image

Krisis politik di Malaysia kembali diperkatakan semula oleh rata-rata masyarakat pada hari ini. Sebelum ini, arena politik pernah berada di kemuncak pada hujung Februari yang lalu susulan peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 sekali gus menjadi punca utama Pakatan Harapan tersungkur.

Selama 22 bulan bulan ini pemerintahan mereka, anda semua sudah boleh nampak bagaimana permainan DAP dalam Pakatan Harapan? Lihat sahajalah apa yang berlaku pada hari ini, yang cakap hendak buat undi tidak percaya ialah Tun Mahathir. Manakala yang keluar kenyataan kata kerajaan Perikatan Nasional tidak sah pula ialah Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir. 

Lepas isu sudah dibangkit apa jadi dengan DAP? Mereka hanya keluar dari gua dan datang menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin tersebut. Nampak bagaimana permainan mereka? Ibaratnya mereka ini seolah-olah suci dan begitu naif hanya memberi sokongan sahaja. ( https://www.facebook.com/HowardLee.my/photos/a.142351689267058/1554334331402113/?type=3 )

Masih ingat slogan yang dilaungkan oleh seorang pemimpin DAP, Hew Kuan Yau iaitu ‘Melayu Screw Melayu’ ( https://pakdin.my/adakah-dap-akan-mengambil-tindakan-terhadap-superman-hew-kuan-yau/ ) Jadi cuba anda perhatikan, apa yang berlaku hari ini sama atau tidak? Anda nilai dan lihat sendiri apa yang mereka lakukan.

Malah apakah benar selama ini yang dikatakan kebanyakan orang bahawa tertubuhnya Pakatan Harapan adalah demi memperjuangkan kepentingan parti-parti kompenan dalam Pakatan Harapan sendiri? Persoalannya lagi, selama apa yang terjadi sehingga ke hari ini, adakah rakyat Malaysia, masih mahukan mereka ini kembali memerintah negara ini?

Sekian,

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.