Tujuh rumah musnah terbakar di Benut, Pontian

single-image

Pontian: Tujuh rumah terbakar di Kampung Asam Kumbang, Benut Laut, di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Azhar Abd Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 malam.

Katanya, pihaknya menggunakan dua jentera dengan dibantu 29 anggota termasuk dari BBP Rengit dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Benut.

Azhar berkata, kebakaran itu membabitkan kediaman strukturnya separuh kekal.

“Terdapat lima rumah didiami 19 penghuni, manakala dua lagi kosong,” katanya.

Menurutnya, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.