Tuduhan Jimmy Puah terhadap Sultan Johor sangat biadap.

single-image

Terdahulu, Sultan Ibrahim telah bertitah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ahli politik di Johor masih ingin berebut kuasa. Susulan itu, dapat dilihat suhu politik di Johor kembali normal seperti biasa setelah diberi amaran sebegitu rupa. 

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kini suhu politik Johor kembali panas apabila pemimpin PKR, Jimmy Puah sekali cuba menuang minyak tanah dalam api. Kini Adun Bukit Batu itu telah bersikap melampau dan biadap terhadap Sultan Johor. 

Dalam satu artikel yang dikeluarkan dalam sebuah portal, Jimmy Puah telah menyatakan bahawa dua hari selepas pemimpin Bersatu meminta Mahathir mendapatkan restu istana, Sultan Ibrahim mengancam untuk membubarkan DUN Johor. 

https://www.malaysiakini.com/news/530598?fbclid=IwAR2PHgogP8qq-weGazPQw0GrFliUf9Wlek9gFJ_tNidS7Yjrz1xaaSwbZPw

Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Jimmy Puah bahawa Sultan Ibrahim telah ‘mengancam’? Di sebalik ayat ini seperti ada maksud lain yang cuba Jimmy Puah sampaikan kepada umum. Apakah Jimmy Puah cuba mengatakan bahawa Sultan Ibrahim menganggu proses demokrasi?

Walhal Sultan Ibrahim sekadar bertitah demi kepentingan rakyat dan negeri di bawah naungannya sahaja. Adakah itu salah? Kenapa susah sangat untuk faham dan patuh sahaja titah Sultan Ibrahim?

Jangan sesekali hendak bersikap biadap terhadap Sultan Ibrahim dan seluruh pihak Istana Johor. Malah jangan sesekali juga mencabar kuasa Sultan Johor. Jangan kerana YB berebutkan kuasa rakyat yang menjadi mangsa kerakusan politik. 

Sepatutnya kita sebagai rakyat Johor perlu bersyukur kerana mempunyai seorang Sultan yang sentiasa mengutamakan rakyat melebihi segalanya. Tolonglah, rakyat Johor sudah bosan dengan adu domba politik dan perebutan kuasa yang tidak sudah-sudah ini. Sekarang apa yang rakyat Johor mahukan adalah kebaijkan rakyat dijaga dan peluang pekerjaan yang secukupnya. 

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.