Tragedi tumpahan sisa toksik di Sungai Kim Kim

single-image

Kenyataan Media
Pengerusi MIC Negeri Johor, YB R. Vidyananthan

Sehingga 14 Mac 2019, seramai 900 orang mangsa telah mendapat rawatan awal berkaitan pencemaran sisia toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang Johor.

MIC  Johor sangat prihatin dengan krisis pencemaran dan jenayah bio kimia yang semakin kritikal ini.

Impak kepada krisis dan jenayah bio kimia ini boleh dikurangkan jika tindakan Majlis Keselamatan Negeri adalah pantas dan cekap sebaik sahaja gelombang pertama krisis ini dikesan.

Jika ini berlaku, maka lebih banyak tindakan susulan yang konstruktif boleh diambil Kerajaan Negeri dan agensi terlibat untuk mengurangkan risiko kesan pencemaran ini merebak ke kawasan yang lebih luas dan menambah bilangan mangsa.

MIC Johor juga sangat kesal kerana tiadanya jurucakap rasmi yang dilantik pihak Kerajaan Negeri sejak awal gelombang pertama kejadian pada 7/3/2019 sehingga kini.

Ini amat mengecewakan kerana penduduk Pasir Gudang dan rakyat Johor serta Malaysia perlu diberi informasi yang betul dan tepat pada setiap waktu.

MIC Johor berpendapat Kerajaan Negeri telah gagal dalam pengurusan krisis serius sebegini dan mesti dipertanggungjawabkan atas kerugian, keselamatan dan ancaman yang telah terjadi dampak krisis di Sungai Kim Kim tersebut.

Kerajaan Negeri sewajarnya mempertimbangkan cadangan mengisytiharkan darurat bagi membolehkan segala sumber Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri digembelingkan sebaik mungkin.

Kepada semua pihak daripada pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan dan perkhidmatan bagi menyelesaikan musibah ini dan membantu mangsa,  MIC merakamkan penghargaan yang sangat mendalam.

Akhir sekali, MIC Johor menuntut agar Jawatankuasa Siasatan Bebas ditubuhkan segera bagi menyiasat krisis bio kimia ini termasuk kelewatan Kerajaan dalam menangganinya. Hanya melalui siasatan yang bebas dan telus, keadilan dan pencerahan sebenar akan dapat dihasilkan.

Tamat

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.