Tok Mat tiada kes – Peguam Negara

single-image

JABATAN Peguam Negara (AGC) membuat keputusan tiada tindakan pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan berkaitan kes pengubahan wang RM10 juta ke London.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes itu sudah selesai dan kertas siasatan sudah dikemukakan kepada AGC pada tahun 2011.

“Pada tahun 2013, AGC memutuskan tiada tindakan pendakwaan dalam kes ini dan siasatan dihentikan.

“Bagaimanapun, pada April 2019 kertas siasatan sudah dikemukakan untuk penelitian semula dan pada 2 Mei 2019 AGC mengekalkan keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) setelah meneliti hasil siasatan,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mahu tahu hasil siasatan SPRM ke atas Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Rantau berkaitan kes itu yang dikatakan untuk pembelian sebuah pangsapuri mewah di London.

Sumber : Harian Metro

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.