TMJ ‘belanja’ lebih separuh harga jersi JDT demi penyokong

single-image

Johor Bahru: Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat ‘hadiah’ daripada pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas harga jersi ‘away’ pasukan itu dijual pada harga yang lebih rendah daripada asal.

Ini kerana Tunku Ismail akan menanggung lebihan daripada harga jersi berkenaan sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong.

Menerusi satu kenyataan di laman Johor Southern Tigers, jersi ‘away’ dipilih sebagai hadiah istimewa kerana warna jersi itu melambangkan Stadium Sultan Ibrahim bersempena ulang tahun pertama stadium itu.

“Harga sebenar jersi ‘away’ versi pemain adalah RM429 tetapi akan dijual pada harga RM185.

“Sama dengan harga jersi ‘home’ versi penyokong. Tunku Ismail akan menanggung lebihan kos jualan jersi ‘away’ yang dijual.”

Kedua-dua jersi terbabit iaitu jersi ‘home’ dan ‘away’ diperkenalkan hari ini dan akan mula dijual di Kedai Dalam Talian JDT dan penjual rasmi bermula jam 11 hari ini.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.