Tingkatkan pengetahuan tentang kelebihan vaksin – Noraini

single-image

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta meningkatkan pengetahuan kelebihan vaksin Covid-19  kerana vaksinasi amat penting untuk melindungi diri sendiri dan orang-orang tersayang.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, perbekalan vaksin Covid-19 ini merupakan usaha besar kerajaan dalam menjaga kesihatan dan kebajikan rakyat.

Sebanyak RM2.05 bilion (jumlah awal) dibelanjakan bagi mendapatkan vaksin yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia memberikan sinar baharu dalam perjuangan negara menentang dan melandaikan pandemik Covid-19.

Justeru, Wanita UMNO Malaysia amat berharap seluruh rakyat memberikan kerjasama dalam pengagihan vaksin ini nanti.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Comment

Your email address will not be published.