Tindakan Tegas Tragedi Pencemaran Kimia Di Pasir Gudang

single-image

KENYATAAN MEDIA

DEWAN MUDA JOHOR

Tindakan Tegas Tragedi Pencemaran Kimia Di Pasir Gudang
13 Mac 2019

1. Dewan Muda Johor(DMJ) mengikuti rapat isu dan tragedi pencemaran kimia di Pasir Gudang yang menjejaskan para pelajar dan masyarakat setempat. Pelbagai gambar, video dan laporan berita arus perdana menggambarkan bahawa tragedi yang berlaku benar-benar mendukacitakan apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh para pelajar di sana.

2. Dewan Muda Johor ingin mengambil 2 ketetapan berhubung isu tersebut;

3. Pertama, Jawatankuasa Kerja yang telah diaktifkan oleh Kerajaan Negeri Johor perlu mengambil serius perkara ini dan benar-benar berfungsi.

4. DMJ mahu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, dan Pertanian Negeri Johor berperanan sebagai jurucakap rasmi Kerajaan Negeri. Ia penting untuk seluruh rakyat Johor mengetahui dengan lebih lanjut dari semasa ke semasa perkembangan tragedi tersebut.

5. Malah, sebagai jurucakap rasmi Kerajaan Negeri, beliau perlu memaklumkan situasi, jumlah mereka yang menerima rawatan, perkembangan kes dan sejauh mana kerja-kerja pembersihan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim serta pencemaran udara telah dimulakan.

6. Kedua, menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Johor yang murka dengan tragedi yang menimpa rakyat Johor. DMJ menyeru agar mereka yang bertanggungjawab perlu di bawa ke muka pengadilan.

7. Hukuman yang setimpal termasuk ditarik balik lesen perniagaan perlu dikuatkuasakan bagi memberi kesedaran agar tragedi seperti ini tidak berulang kembali.

8. Isu pencemaran kimia di Pasir Gudang seharusnya diambil serius kerana ia melibatkan nyawa dan kesihatan para pelajar dan penduduk sekitar. SOP yang lebih ketat perlu digariskan semula kepada semua pemain industri agar tidak memperjudikan nyawa manusia bagi mengaut keuntungan.

-TAMAT-

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.