Tindakan Ranhill SAJ tunda bil hanya mengundang kemarahan rakyat

single-image

Pagi tadi, pihak Ranhill SAJ ada mengeluarkan satu pekeliling kepada pelanggan. Di mana pekeliling tersebut menyatakan bahawa tiada sebarang bil akan dikeluarkan untuk bulan Mac 2020. Walau bagaimanapun, pihak Ranhill SAJ akan menggabungkan bil bulan Mac 2020 ke dalam bil bulan April 2020.

Pada pandangan saya, ini merupakan satu keputusan yang kurang bijak kerana tindakan menggabungkan dua bil dalam satu bulan akan menyebabkan rakyat semakin terbeban dan hanya menyusahkan rakyat. Lagi-lagi dalam situasi seperti sekarang ini yang kita sendiri tidak pasti sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac 2020 atau dilanjutkan lagi. 

Sepatutnya dalam situasi sekarag ini, pihak Ranhill SAJ perlu bersifat sensitif terhadap apa yang terjadi kepada rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan susulan jangkitan Covid-19.

Adakah pihak Ranhill SAJ memang sengaja mahu membuat rakyat marah?

Apa yang rakyat harapkan kini adalah pihak Ranhill SAJ dapat memberikan diskaun bayaran bil air di negeri ini. Bukannya menangguhkan dan mengandakan lagi jumlah bil ke dalam bulan berikutnya. Tindakan ini sangat tidak wajar untuk dilaksanakan buat masa ini dan kita harap pihak Ranhill SAJ dapat menimbang semula keputusan ini agar tidak menambahkan lagi kegusaran rakyat.

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.