Tindakan Armada Johor Bidas Sikap ‘Kebudak-budakan’ Syed Saddiq Tepat

single-image

1. Merujuk kepada kenyataan Ketua Armada Negeri Johor, Saudara Norul Haszarul Abu Samah di Utusan Malaysia, 12 Julai 2019 dengan tajuk “Usah Bermain Api”.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/usah-cuba-bermain-api-1.935562#.XSh6Ebl2svQ.whatsapp

2. Kenyataan yang dikeluarkan itu secara terang lagi bersuluh, merujuk terus kepada YB Syed Saddiq yang merupakan Menteri Belia & Sukan serta Ketua Armada PPBM.

3. Dalam kenyataan tersebut, Saudara Haszarul menyokong penuh tindakan Kerajaan Negeri Johor untuk mengekalkan had umur belia di negeri Johor pada umur 40 tahun. Selain itu, beliau memberikan amaran kepada Syed Saddiq supaya tidak bermain api dengan negeri Johor kerana Johor sentiasa menjadi Johor.

4. Tindakan ini pasti mengejutkan ramai pihak. Ini adalah kerana Haszarul sebagai Ketua Armada Johor, datang daripada parti dan sayap yang sama dengan Syed Saddiq. Sebagai Ketua Armada Malaysia, pastinya, pemilihan Haszarul sebagai Ketua Armada Johor juga adalah atas pilihan dan sokongan daripada Syed Saddiq sendiri.

5. Tetapi bilamana kenyataan ini dikeluarkan, ia mengambarkan sedang berlakunya bibit-bibit perpecahan di dalam parti PPBM dan Armada itu sendiri.

6. Perkara ini tidak pelik, kerana sikap Syed Saddiq yang opurtunis, tidak boleh berbincang dan mendengar pandangan orang lain serta keras kepala, pastinya menyebabkan orang bawahan tidak selesa dan tidak menghormati beliau.

7. Contoh paling jelas, bila mana isu had umur belia ini, beliau langsung tidak mahu mendengar pandangan daripada ‘stakeholder’ belia, dan bertindak meneruskan dengan pindaan tersebut walaupun banyak pihak menolak cadangan pindaan tersebut. Yang paling dasyat, 7 buah negeri di Malaysia menolak pindaan had umur tersebut, namun beliau masih berkeras untuk untuk meneruskannya. Ini jelas menunjukkan bahawa Syed Saddiq ini tidak mempunyai ciri-ciri pemimpin yang diperlukan oleh rakyat Malaysia terutamanya di Johor.

8. Dalam hal ini, Armada Johor dibawah kepimpinan Saudara Haszarul dilihat lebih matang dan mendengar denyut nadi akar umbi jika dibandingkan dengan Syed Saddiq yang lebih bersifat ‘syok sendiri’. Saudara Haszarul tegas dengan pendirian beliau bahawa penolakan had umur belia bukan satu sentimen politik tetapi bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030.

9. Selain itu, tindakan Syed Saddiq dengan sengaja mengheret Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir untuk bersama-sama ‘menyerang’ Johor sudah cukup membuktikan sifat kebudak-budakkan beliau. Perlu diingat, Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin ada lebih banyak perkara penting negara yang perlu difikirkan daripada bergelumang dengan isu umur belia yang gagal ditangani dengan baik oleh Syed Saddiq sebagai Menteri yang bertanggangjawab.

10. Akhirnya, dapat disimpulkan bahawa Syed Saddiq adalah seorang pemimpin yang gagal kerana tidak mendengar denyut nadi rakyat, dan bersifat opurtunis demi kepentingan peribadi. Pastinya, pada PRU Ke-15 nanti, tiada tempat untuk Syed Saddiq di Johor setelah segala onar dan malapetaka yang beliau  cetuskan di Johor.

Johor Tidak Perlukan Saddiq, Johor Tetap Jadi Johor.

´╗┐Iskandar Zulkarnain merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.