Tiada idea baru, Osman Sapian sekadar ulang kaji Bajet – Khaled Nordin

single-image

Semalam telah berlangsungnya penyampaian Amanat Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian kepada pegawai dan anggota perkhidmatan awam Johor yang dihadiri kira-kira seramai 1,500 orang penjawat awam. Datuk Osman Sapian telah menyampaikan 5 teras utama kepada penjawat awam Johor.

Walau bagaimanapun amanat ini mendapat reaksi berbeza dari mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menyifatkan amanat tersebut hanya sekadar ulang kaji semula kerana tiada satupun pandangan dan strategi baru yang ingin dikemukakan.

“Pada saya, kalau dinilai secara kasar, majlis amanat tersebut tidak ubah sesi mempamerkan kecekapan dan keseronokan Datuk Osman Sapian dalam mengutip dan mengitar semula segala idea lepas dan dirumuskan kembali dalam ayat baharu yang lebih ringkas,” kata mantan Menteri Besar Johor.

Sesetangah pihak tampil membuat perbandingan dan mengakui bahawa kepimpinan Khaled Nordin dilihat lebih stabil, matang dan sarat dengan idea baru. Ini termasuklah usaha beliau memperkenalkan Pelan Pembangunan Strategik Johor (PPSJ), agenda Johor Berkemajuan, Johor Mahir, Johor Islami serta Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Malah Khaled adalah antara mereka yang berkeras memasukkan Segamat sebagai daerah tembahan dalam program ECER di bawah Kerajaan Persekutuan.

Dalam ucapan amanat tersebut juga, Datuk Osman Sapian menyatakan bahawa penjawat awam negeri untuk menyokong kerajaan baru.

Sepatutnya Datuk Osman Sapian mengambil peluang ini untuk mencabar kelaziman dengan menyeru penjawat-penjawat awam Johor supaya memikirkan sesuatu yang baru tanpa dibayangi oleh kepimpinan yang terdahulu.

Beliau berkata, tradisi mandat semasa pemerintahan beliau menumpukan kepada pembentangan idea-idea baru yang dapat mendorong pembangunan negeri Johor khususnya.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga menyarankan kepada Datuk Osman Sapian supaya mengemukakan dengan lebih spesifik strategi-strategi khusus atau pendekatan yang akan diguna pakai dalam menjayakan beberapa agenda utama.

Malah, beliau turut menyarankan untuk meletakkan sasaran jelas yang ingin dicapai untuk tahun ini.

“Lebih baik jika sasaran ini disertakan dengan penilaian yang akan digunakan untuk mengukur kejayaannya,” kata Mohamad Khaled.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.