Teo Nie Ching akan jadi Menteri Pendidikan ganti Maszlee Malik?

single-image

Kita sudah sedia maklum mengenai pengumuman peletakan jawatan secara mengejut Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sebentar tadi. Bagaimanapun, Maszlee Malik tidak mengulas lebih lanjut berkenaan punca utama beliau meletakan jawatan.

Namun, beberapa jam sebelum peletakan jawatannya ada beberapa percanggahan pendapat yang berlaku antara dirinya dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching. Percanggahan tersebut difahamkan berhubung isu tulisan Jawi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. 

Sebelum ini, Teo Nie Ching memutuskan bahawa tulisan Jawi tidak akan dilaksanakan jika tanpa persetujuan ibu bapa atau PIBG. Ia hanya boleh dilaksanakan apabila mendapat majoriti mudah 51% daripada ibu bapa dan PIBG. Walau bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik enggan memberi sebarang komen berkaitan isu tulisan Jawi ini. 

Ini bukanlah kali pertama mereka bercanggah pendapat. Malah, bukan itu sahaja, acap kali kita dapat lihat Teo Nie Ching sentiasa mendahului Maszlee Malik dalam mengeluarkan keputusan dan kenyataan berkaitan urusan Kementerian Pendidikan.

Jadi adakah dalam masa terdekat ini, Teo Nie Ching akan diangkat sebagai Menteri Pendidikan bagi menggantikan Maszlee Malik?

Sekian,

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.