Tempoh operasi premis perniagaan dihadkan di seluruh negeri Johor

single-image

KOTA ISKANDAR, 23 Mac: Kerajaan negeri bersetuju untuk memendekkan tempoh operasi premis perniagaan di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R. Vidyananthan berkata, peniaga dan orang ramai bagaimanapun diminta merujuk kepada arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

“Peniaga dipohon untuk mengikut arahan yang dikeluarkan oleh PBT masing-masing berhubung penguatkuasaan had waktu operasi yang akan dilaksanakan ini.

“Saya berharap orang ramai serta para peniaga dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan,”katanya pada sidang hebahan awam di sini hari ini.

Vidyananthan menambah, panduan bagi tempoh operasi premis perniagaan telah ditetapkan mengikut jadual yang telah disediakan sebagai panduan.

“Bagi kedai makan, kedai serbaneka, kedai runcit serbaneka 24 jam, tempoh operasi adalah bermula daripada pukul 7 pagi sehingga 7 malam manakala pasaraya ditutup pada 7 malam.

“Pasar Malam, Pasar Tani dan Pasar Pagi pula tidak dibenarkan beroperasi. Pada masa yang sama saya berharap peniaga dan orang ramai merujuk arahan PBT di kawasan daripada semasa ke semasa,” katanya.

#KeepJohorSafe
#BerdiriBersamaJohor
#StandWithJohor

Sumber : Facebook Darul Ta’zim

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.