Tempe serendah RM1

single-image

TEMPE Lagenda Warisan yang diusahakan sejak 35 tahun lalu dijangka dapat dipasarkan di seluruh Johor tidak lama lagi.

Pemiliknya, Mastor Mustafa Hussein berkata, ketika ini tempe yang dihasilkan hanya dipasarkan di kedai runcit dan beberapa pasar raya hyper di selatan Johor pada harga hanya RM1.

“Perniagaan ini dimulakan di pekan Simpang Renggam pada 1985 dengan hanya satu kilogram (kg) kacang soya untuk menghasilkan kira-kira 25 keping tempe.

“Kini dengan bantuan ahli keluarga, saya dapat meningkatkan penghasilan tempe dan mampu mencapai kira-kira 1,000 keping tempe setiap hari melalui 125kg kacang soya yang diproses,” katanya ketika ditemui di sini. baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya dalam usaha meningkatkan pengeluaran dan mencari ruang untuk memperluas penawaran produk khususnya di negeri ini.

“Selepas 15 tahun membekalkan tempe di sekitar Simpang Renggam, Renggam dan Layang-Layang, baru saya berani untuk mengembangkan pasaran ke Kluang, Benut, Bandar Tenggara dan Kulai.

“Kini perancangan saya untuk mencari lebih banyak peruncit serta pasar raya kecil di sekitar negeri Johor agar pasarannya dapat diperluaskan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.