Tak sokong Dr. M punca Anwar ‘hilang’

single-image

KUALA LUMPUR : PKR telah mencapai kesepakatan dalam mesyuarat pada 17 Mei supaya tidak lagi menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri atau mengetuai Pakatan Harapan (PH).

Keadaan itu bermakna Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan mengetuai jentera untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Walaupun mengekalkan hubungan kerjasama dengan Dr. Mahathir, tetapi PKR mahu Anwar sendiri yang mengetuai PH.

Sumber berkata, keadaan itu juga menyebabkan Presiden PKR itu “hilang” dalam sidang akhbar yang dipengerusikan Dr. Mahathir pada Isnin.

“Anwar berpendapat sepatutnya beliau dan bukannya Dr. Mahathir yang mempengerusikan sidang media bersama ini,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Datuk Liew Vui Keong dari Warisan dilaporkan menghantar pesanan ringkas kepada wakil rakyat PH supaya berkumpul di pejabat Dr. Mahathir selepas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pertemuan itu dihadiri pemimpin tertinggi DAP, Amanah dan Warisan, tetapi Anwar tidak kelihatan di situ.

Selain itu, sumber turut memberitahu bahawa pemimpin PKR “bising sehari” dalam satu kumpulan media sosial apabila nama Dr. Mahathir diletakkan pada tempat pertama dalam satu kenyataan PH bersama Warisan sebelum ini.

Ditanya sama ada pendirian tidak menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dipersetujui DAP dan Amanah, sumber berkata: “pada masa ini, hanyalah PKR.”

Sumber bagaimanapun menafikan ura-ura bahawa Anwar memutuskan hubungan dengan Dr. Mahathir sehingga tidak mahu bertemu.

“Anwar tidak menolak untuk bertemu dengan Dr. Mahathir, mereka ada berdialog melalui Zoom pada Ahad,” katanya.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.