Tahniah Dr. Shahruddin, dengar keluhan rakyat

single-image

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Sahruddin bin Jamal atas pelantikan sebagai YAB Menteri Besar Johor ke 17.

Pelantikan beliau adalah susulan dari perletakan jawatan YB Datuk Osman Sapian, ADUN Kempas baru-baru ini.

Masalah peribadi, disiplin dan kepentingan keluarga perlulah dibuang jauh-jauh oleh Menteri Besar yang baru ini agar kemelut Menteri Besar tidak akan berulang.

Pelantikan Dr. Sahruddin juga menunjukkan kebijaksaan dan keperihatinan DYMM Tuanku Sultan Johor terhadap kelangsungan sebuah kerajaan.

UMNO akan menjadi agen semak dan imbang dalam kerajaan hari ini. Kami akan terus memperjuangkan suara-suara rakyat agar tidak tertindas.

Kami juga tidak akan teragak-agak akan menegur salah laku yang dilakukan oleh kerajaan.

Menteri Besar perlulah menjaga kepentingan rakyat dan negeri Johor berbanding desakan atau suruhan dari Putrajaya. Jadilah ‘pak sanggup’ kepada rakyat akan lebih dihargai berbanding yang lain-lain.

Semoga Dr Sahruddin dapat menjalankan tugas lebih baik untuk RAKYAT.

Sekian
MOHD HAIRI MAD SHAH
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR
14 APRIL 2019

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.