Syed Saddiq permainkan rider foodpanda

single-image

Kita sedia maklum, sebelum ini kecoh mengenai rider Foodpanda melancarkan mogok ke atas pihak pengurusannya ekoran isu skim pembayaran baru. Seperti biasa, isu berkenaan mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Syed Saddiq juga telah membuka sesi dialog bersama riders Foodpanda di rumahnya yang melibatkan rider dari seluruh negara bagi membincangkan perkara yang berbangkit.

Dalam sesi dialog tersebut, antara janji Syed Saddiq kepada riders Foodpanda adalah untuk menggesa pihak pengurusan Foodpanda mengkaji semula skim pembayaran gaji yang baru. Dalam masa yang sama, Syed Saddiq turut berjanji untuk membawa isu ini ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

https://www.malaysiakini.com/news/494019

Tetapi malangnya, hari ini tiba-tiba sahaja Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan ramai pihak khususnya rider Foodpanda. Perdana Menteri memaklumkan bahawa Syed Saddiq tidak pernah memaklumkan kepada kabinet berkenaan skim pembayaran baru tersebut yang melibatkan rider Foodpanda.

Jadi persoalannya di sini, adakah Syed Saddiq cuba mempermainkan rider Foodpanda?

Jika Syed Saddiq betul-betul serius ingin membela nasib rider Foodpanda, sudah pasti akan mencari jalan penyelesaian dan menunaikan janjinya untuk membawa isu ini ke Kabinet. Tetapi sekarang semuanya sudah terbongkar, rupa-rupanya Syed Saddiq hanya sekadar bercakap dan berjanji tetapi tiada sebarang tindakan.

Kalau Perdana Menteri tidak mengeluarkan kenyataan seperti ini, saya tidak pasti berapa lama lagi rider Foodpanda ditipu oleh Syed Saddiq. Acah-acah peduli padahal hanya gunakan isu rider Foodpanda ini  untuk meraih populariti politiknya sahaja.

Sudah-sudahlah kejar populariti murahan. Kalau memang tidak boleh menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah mereka, usah masuk campur dan beri harapan palsu kepada mereka. Lebih baik serahkan sahaja urusan tersebut sepenuhnya kepada Kementerian Sumber Manusia.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.