Syed Saddiq, Jangan Hina Rakyat Malaysia!

single-image

  1. Hari ini, Syed Saddiq dikatakan telah berada di Jepun untuk lawatan kerja. Tidak sampai sejam beliau menjejakkan kaki di bumi Jepun, jutaan pujian telah dihamburkan kepada negara matahari terbit tersebut di Twitter milik beliau. Beliau memuji negara Jepun adalah negara yang bersih dan tiada satu sampah pun yang beliau jumpa di sana.
  2. Tidak berhenti disitu, beliau turut menghina rakyat Malaysia dengan mengatakan kebersihan bukan budaya rakyat Malaysia dan mengajak rakyat Malaysia berfikir.
  3. Untuk pengetahuan Syed Saddiq, sebagai Menteri dan Kerajaan yang memerintah, beliau perlu mengambil pendekatan untuk mengajak rakyat Malaysia untuk mengamalkan kebersihan andai kebersihan di negara kita ini tidak berada di tahap yang membanggakan seperti di Jepun disamping kerajaan perlu berusaha untuk mengadakan kempen-kempen kebersihan yang berterusan.
  4. Selain itu, kerajaan juga perlu ambil langkah menyediakan fasiliti tong sampah yang mencukupi, system pemunggahan sampah yang lebih sistematik efektif dan tidak membuta tuli menyalahkan rakyat atas faktor kebersihan ini.
  5. Sikap yang suka membanding beza keadaan di Jepun dan di Malaysia seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah tersebut, malah ia secara tidak langsung telah mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara membangun kerana kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf menteri.
  6. ‘Tweet’ seperti ini juga menjejaskan imej negara yang dilihat sebagai negara Islam oleh masyarakat antarabangsa. Majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam dan Islam dilihat agama yang mementingkan kebersihan. Bilamana kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh seorang Menteri yang beragama Islam, maka ia menimbulkan persepsi buruk orang luar terhadap Malaysia dan Islam.
  7. Kepada Syed Saddiq, berhentilah memburuk-burukkan orang Malaysia. Jika anda malu hendak mengaku sebagai rakyat Malaysia, sila letak jawatan dan duduk sahaja di Jepun sampai bila-bila!

Iskandar Zulkarnain merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.