Syed Saddiq dikecam teruk dalam group anak jati Muar?

single-image


Jika kita imbas sedikit ke belakang sewaktu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq diangkat menjadi Menteri Belia dan Sukan rata-rata rakyat kagum dengan Ahli Parlimen itu kerana berjaya menjadi Menteri diusia yang muda. 

Malah rakyat juga turut memberikan sokongan padu terhadap Syed Saddiq kerana berjanji untuk mewujudkan pekerjaan bagi golongan belia di negara ini. Idea ini sesuatu yang baik, pastinya rakyat akan sokong.

Namun sayang, tidak sampai setahun Syed Saddiq memegang jawatan Ahli Parlimen Muar dan Menteri Belia dan Sukan sudah tiada lagi pujian menggunung dilemparkan ke atas dirinya. Malah yang tinggal hanya kata-kata kesat dan kecaman dari rakyat. 

Buktinya, hari ini Syed Saddiq ada berkongsi satu status di group Facebook anak jati Muar. Dalam ruangan status tersebut Syed Saddiq ada kongsikan rasa keterujaannya ‘mengeteh’ bersama OCPD Muar dan Ketua Cawangan Khas. Namun status tersebut mendapat kecaman dan kritikan dari rakyat Muar sendiri.

Jika dahulu apa sahaja yang dikongsikannya akan menjadi daya tarikan dan mendapat ‘like’ yang begitu banyak serta komen yang diterima juga pasti yang murni-murni sahaja di media sosialnya. Sekarang semua ini tiada lagi, apa sahaja yang Syed Saddiq kongsikan kini bukan sahaja sudah tidak mendapat ‘like’ tetapi komen-komen distatusnya  juga penuh dengan kecaman dan kritikan.

Lebih menyedihkan lagi, ada lebih 200 komen di status tersebut tetapi hanya satu atau dua sahaja komen yang menyokong Syed Saddiq. Selebihnya hanya kata-kata kesat dan kecaman yang memenuhi ruangan komen tersebut.

Apa yang pasti rakyat melakukan tindakan ini bukan kerana sahaja-sahaja atau suka-suka. Tetapi tindakan ini sebagai tanda protes kerana Syed Saddiq telah memain-mainkan janji yang dibuat sebelum ini. Sampai bila rakyat perlu bersabar? Tunggu Pilihan Raya Umum ke-15 sudah dekat, baru ada inisiatif untuk laksanakan semua janji?

Malah mungkin juga rakyat sanggup bertindak sebegini kerana berang dengan tindakan Syed Saddiq yang jarang-jarang sekali tunjuk muka dan turun ke kawasan iaitu di Muar sebaik sahaja menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut. 

Dalam pada itu, berkemungkinan juga rakyat marah dengan tindakan Syed Saddiq yang sentiasa bersikap prejudis terhadap Istana Johor. Malah bukan itu sahaja, Syed Saddiq juga sanggup bersikap biadap terhadap Istana Johor demi kepentingannya. 

Syed Saddiq sebagai anak jati Johor sepatutnya sudah sedar dan sedia maklum bahawa jati diri orang Johor ini lain, tidak sama seperti di negeri lain. Jadi usahlah Syed Saddiq menjadi boneka yang menjadi ‘pak turut’ oleh sesetengah individu di Putrajaya. Lebih baik, berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar secara bersungguh-sungguh sebelum rakyat bersungguh-sungguh menolak anda pada PRU15 akan datang.

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.