Syed Saddiq bukan bawa suara belia tapi kehendak Tun M

single-image

KUALA LUMPUR : Golongan belia sebenarnya tidak kisah langsung dengan permainan politik yang sedang berlaku lagi-lagi dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ketika ini berdepan dengan pelbagai krisis serta skandal.

Malah golongan itu juga tidak peduli dengan ‘tuding menuding’ dan cubaan menyalahkan kerajaan terdahulu untuk apa yang berlaku ketika ini.

Namun mereka kecewa kerana melihat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya berminat untuk membawa suara serta aspirasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada belia dan bukan kehendak belia sendiri.

Hanya pandangan Mahathir kelihatan begitu penting kepada Ahli Parlimen Muar itu.

Itu luahan hati pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Optimum, Dr. Fathul Farisan yang berkata, Syed Saddiq seolah-olah menjadikan golongan muda sebagai hamba dan tidak langsung cuba menyelami perasaan mereka selama 20 bulan mentadbir negara.

“Beliau sebagai menteri lebih suka bercakap tentang aspirasi serta mahu kami dengar suara Tun Mahathir sahaja. Suara kami langsung tidak.

“Kita tidak berminat dengan status update Syed Saddiq tentang politik, itu kami boleh semua boleh lihat dan baca sendiri, masing-masing ada media sosial jadi kerja menteri bukanlah buat perkara sebegini.

“Golongan belia mahu peluang pekerjaan disediakan kerajaan, kami mahu gaji kami naik. Bayangkan yang berumur 26 terpaksa memandu Grab atau Gojek, pada usia bilakah mereka boleh beli rumah ataupun kerja lebih baik lagi-lagi golongan terpelajar?

“Janganlah cakap naik gaji itu mewah, adakah yang jadi kroni sahaja boleh berjaya dalam hidup yang lain-lain terutamanya golongan belia yang bakal jadi pelapis negara bagaimana pula?

“Tolonglah jangan terlalu sibuk jual GLC sebaliknya guna GLC untuk sediakan pekerjaan buat kami. Tolonglah, cukuplah berpolitik untuk sekian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi town hall Gabungan Kuasa Rakyat yang akan mengadakan perhimpunan membantah kerajaan pada 20 Februari depan, rata-ratanya juga dipercayai akan di hadiri oleh kumpulan belia.

MG110120_SESI-TOWNHALL14
Antara poster bantahan Gabungan Kuasa Rakyat pada Sesi Townhall bersama badan bukan kerajaan (NGO) sempena Himpunan 220220 di WISMA MCA, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JANUARI 2020

Sambung beliau lagi, seharusnya kerajaan lebih efisien dalam mendengar suara rakyat yang telah bersama-sama berkorban dengan mengundi sebuah kerajaan baharu hanya dengan mendengar mereka berjanji ‘bulan dan bintang’.

Selain itu mereka juga didakwa banyak menabur fitnah sehingga rakyat seakan-seakan benci dengan kerajaan terdahulu.

“Tetapi kini suara-suara seperti kroni sahaja didengari oleh pimpinan PH ini. Kerajaan sepatutnya lebih utamakan rakyat dan cuba bantu golongan yang semakin hari semakin nazak dan susah,” tegasnya.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.