Syed Saddiq berhentilah berdebat, berpolitik dan jalankan tugas sebagai menteri

single-image

Selepas kontroversi hangat yang membabitkan Menteri membawa kroni ke dalam agensi kerajaan. Kini, beberapa hari lepas pula kecoh satu isu yang terpalit antara Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dengan seorang usahawan muda. Apa difahamkan usahawan muda tersebut berang kerana Syed Saddiq gagal tunai janji untuk mempromosikan produknya.

Usahawan muda itu dikatakan bahawa pelbagai usaha telah dibuat untuk mendapatkan respon Syed Saddiq berkenaan produknya. Malangnya tiada sebarang maklum balas positif yang diterima daripada Syed Saddiq. Jadi usahawan tersebut telah mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan melalui media sosial.

Dari rentetan itu, berlaku perang media sosial antara Syed Saddiq dengan usahawa muda tersebut. Mereka dikatakan berbalas-balas kenyataan di Facebook rasmi masing-masing. Melihat kenyataan Syed Saddiq sama sekali tidak mengeluarkan sebarang permohonan maaf atas kekhilafannya yang melanggar janjinya kepada usahawan tersebut.

Jika kita imbas kembali kisah ini, perkara yang sama juga berlaku kepada atlet kebangsaan yang telah meluahkan perasaan di media sosial setelah mencuba pelbagai medium untuk mendapatkan reaksi atau respon dari Syed Saddiq. Malah perkara itu juga membawa kepada perang media sosial antara Syed Saddiq dengan atlet tesebut.

Yang hairannya, Syed Saddiq ini hanya cuma pandai berdebat sahaja ke? Tidak pandai buat kerja sebagai Menteri Belia dan Sukan?

Sepatutnya Syed Saddiq perlu matang dan tidak perlu berbalas-balas kenyataan atau berperang di media sosial mempolitikkan sesuatu isu yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai. Apabila Syed Saddiq sendiri mengeluarkan kenyataan di Facebook rasmi ia ibarat menuang minyak ke api.

Malah ia boleh semakin memburukkan keadaan apabila tidak henti-henti berbalas-balas kenyataan di media sosial. Jika masih sibuk mahu berdebat atau berpolitik antara satu sama lain sampai bila masalah hendak selesai?

Sebagai seorang yang bergelar menteri sepatutnya Syed Saddiq menyelesaikan masalah yang dihadapi secara tenang dan profesional. Tidak salah rendahkan ego untuk menjemput sendiri pihak-pihak tidak berpuas hati untuk duduk satu meja dan berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Jangan hanya berani berperang di media sosial sahaja tanpa ada inisiatif sendiri untuk bersua muka dengan pihak-pihak yang terlibat untuk mencari jalan keluar dari permasalahan yang dihadapi.

Kalau masih degil juga hendak berdebat dan berpolitik ada baiknya Syed Saddiq berhenti dari menjadi Menteri Belia dan Sukan dan tukar kepada Menteri Debat dan Politik. Itu jawatan lebih sesuai rasanya bagi saya.

Jika rakyat boleh terima hakikat peralihan kuasa dari kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Harapan. Syed Saddiq juga perlu terima hakikat bahawa sekarang bukan masanya lagi untuk berdebat seperti dulu kala.

Tiba masanya bekerja untuk rakyat kerana Syed Saddiq menang dek kerana tangan-tangan rakyat yang mengundi khususnya anak muda. Malah kita lihat sehingga ke hari ini masih tiada apa-apa lagi pembaharuan untuk belia dan sukan di negara ini yang beliau lakukan. Jadi apabila sudah diamanahkan untuk menjadi seorang menteri, jalankanlah tugas sebaiknya untuk membantu rakyat.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.