Syarikat anak Perdana Menteri berminat menjadi pembekal TNB pula

single-image

Selepas mendapat kontrak RM11 juta dari Telekom baru-baru ini, syarikat anak Perdana Menteri Malaysia yang dimiliki oleh Tan Sri Mokhzani Mahathir berminat pula untuk menjadi pembekal khidmat jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB)

Mokhzani yakin bahawa syarikat pengeluar gentian optiknya itu boleh bekerja dengan baik menyokong agenda telekomunikasi syarikat utiliti elektrik negara.

“Teknologi sentiasa berubah dan ini bermakna pengguna mahukan akses yang lebih luas dan pantas tetapi pada harga yang lebih rendah seiring dengan yang dibincangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Katanya, pengumuman TNB baru-baru ini untuk menembusi pasaran komunikasi fiber telah menarik perhatian syarikat beliau.

Oleh kerana sifat ingin tahu, Mokhzani mahu mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ber­kenaan dan bagaimana Opcom boleh memainkan peranan dan terlibat sama.

“Opcom adalah pengeluar gentian optik yang ditubuhkan di Malaysia, kami akan cuba untuk mengambil bahagian memenuhi permintaan bagi cadangan daripada pelanggan kami,” kata­nya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Opcom beberapa hari lalu.

Pada minggu lalu, TNB me­ngumumkan ba­kal me­laksa­nakan projek perintis penawaran khidmat HSBB di Jasin, Melaka menggunakan infrastruktur fiber optik miliknya bermula September ini.

Projek rintis yang dijangka siap pada akhir 2018 meliputi 1,100 daripada 4,300 kediaman di tiga kawasan iaitu Taman Merbau, Taman Maju dan Felda Kemendor, di Jasin, Melaka.

Melalui projek berkenaan, TNB akan meneroka potensi menggunakan kapasiti aset telekomunikasi kami yang sedia ada bagi NCP.

Dalam perkemba­ngan lain, Mokhzani berkata, nilai projek dalam tangan Opcom mencecah le­bih RM100 juta dan dijangka boleh bertahan sehingga perte­ngahan tahun depan.

Mokhzani mengakui industri te­lekomunikasi sedang menghadapi tempoh yang mencabar ketika ini, disamping kerajaan juga mempunyai masalah kewangan yang teruk akibat kerajaan terdahulu.

Tetapi beliau yakin OPCOM akan mendapat lebih banyak peluang untuk mengembangkan perniagaan di negara ini pada masa akan datang.

Sumber : Blog minda rakyat

Jom 'follow' dan 'like' kami:
1 Comment
  1. fizzy all view 7 months ago
    Reply

    benar tu….teknologi berubah menjadi #teknokenchengquad

Leave a Comment

Your email address will not be published.