Suntikan vaksin tidak membatalkan puasa

single-image

Port Dickson: Suntikan vaksin tidak membatalkan puasa dan ia selari dengan pandangan ulama sedunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri berkata, mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan, suntikan vaksin tidak membatalkan puasa dan ia dibolehkan.

“Ia selari dengan pandangan beberapa ulama dunia khususnya di bulan Ramadan ini dan hukumnya harus.

“Kita sudah putuskan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan, dua bulan lalu bahawa suntikan vaksin Covid-19 dibolehkan dan hampir seluruh dunia mengiakannya.

“Yang terbaru pandangan Mufti Besar Arab Saudi, ia tidak membatalkan puasa dan ia sejalur dengan ulama lain,” katanya selepas menyampaikan sumbangan komputer riba kepada 40 pelajar asnaf di Kolej Uniti Tanjong Agas di sini, hari ini.

Beliau berkata, komputer riba itu adalah sumbangan daripada Tabung Haji Travel kepada 40 pelajar dikenal pasti memerlukan.

“Sumbangan ini sudah dilakukan di beberapa negeri seperti Johor, Pahang dan Perak di bawah Tabung Haji dan untuk kali ini ia sumbangan hasil duit zakat Tabung Haji Travel kepada 40 anak asnaf.

“Ia bagi membolehkan mereka belajar dengan lebih baik dan sudah pasti meringankan beban keluarga memerlukan,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.