Sultan Johor : Tiga perkara penting untuk kekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat

single-image

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menegaskan betapa pentingnya usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini.

Pada Majlis Jamuan Mesra Bersama Rakyat Muar hari ini (23 November), yang dihadiri lebih 2,000 orang, Baginda Tuanku Sultan menekankan tiga perkara penting.

DYMM Sultan Johor bertitah, pertama hormati kedaulatan Raja-Raja Melayu yang telah bertolak ansur memberikan kuasa kepada pemimpin yang dipilih rakyat untuk mentadbir kerajaan.

“Kedua, hormati kemuliaan agama Islam yang telah bertolak ansur untuk membenarkan agama lain diamalkan dengan aman.

“Ketiga, hormati keistimewaan orang Melayu yang telah bertolak ansur untuk berkongsi hidup dengan orang lain di tanah Melayu ini,” titah Baginda Tuanku Sultan.

DYMM Sultan Johor bertitah demikian pada majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Jalan Junid, Muar sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda.

Berangkat sama, YAM Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Baginda Tuanku Sultan bertitah, ketiga-tiga perkara itu penting serta mesti difahami dan diamalkan oleh setiap rakyat yang mengaku sebagai warganegara Malaysia.

“Sikap tolak ansur yang diamalkan orang Melayu dibawah pemerintahan Raja-Raja Melayu dibalas dengan sikap hormat-menghormati oleh semua masyarakat berbilang kaum dan agama. Inilah yang membentuk perpaduan rakyat di Malaysia,” titah Baginda.

sultanjohor

royalpressoffice

johor

Sumber : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.