Sultan Johor Bantu Jayakan Projek RTS

single-image

MENJUNJUNG KASIH SULTAN JOHOR, SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR YANG MEMBANTU MENJAYAKAN PROJEK RTS BAGI MANFAAT BANGSA JOHOR

  1. Kami menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam bahawa projek Rapid Transit Sistem (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura akan diteruskan pembinaannya. Ini pastinya satu berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor terutamanya mereka yang berulang-alik ke seberang tambak bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga.
  2. Selain itu, sebagai anak jati negeri Johor, kami juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail bagi menyerahkan tanah milik baginda kepada kerajaan tanpa sebarang caj untuk memastikan kelancaran pembinaan projek ini.
  3. Kemurahan hati Tuanku Sultan Ibrahim bukan sahaja akan melancarkan perjalanan anak-anak kita yang bekerja di Singapura nanti, bahkan ia juga meringankan beban perbelanjaan kerajaan kerana kos projek tersebut telahpun menurun sebanyak 36 peratus. Kos semasa projek ini kini hanya akan menelan belanja sebanyak RM3.16 bilion berbanding kos asal RM4.93 bilion.
  4. Pengorbanan Tuanku Sultan Ibrahim, dimana tanah milik baginda yang terlibat dalam projek tersebut bernilai diantara RM800 juta sehingga RM900 juta, amat bermakna sekali, bukan sahaja bagi Bangsa Johor malah juga untuk seluruh rakyat Malaysia. Perkembangan ini juga sekaligus menangkis tohmahan jahat sesetengah pihak yang seringkali cuba memberi gambaran buruk kepada hubungan Istana Johor dan Kerajaan.
  5. InsyaAllah, dengan sokongan Tuanku Sultan Ibrahim dan Istana Johor, negeri ini akan terus membangun di masa mendatang dengan projek-projek yang akan memanfaatkan rakyat.

Zulkurnain merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.