SUKMA Johor 2020: Syed Saddiq Jangan Jadi ‘Kaki Claim’!

single-image

  1. Rasa terpanggil untuk merujuk kepada satu posting di page facebook ‘Kelab Johor Muafakat’ yang memuji dan memuja Syed Saddiq kerana berjaya membawa SUKMA 2020 ke Johor atas kapasiti beliau sebagai Menteri Belia & Sukan.
  2. Kenyataan ini amatlah dangkal dan nampak sangat admin page tersebut kurang pengetahuan dan malas membaca.
  3. Isu pemilihan Johor sebagai tuan rumah SUKMA 2020 telah diputuskan dan diumumkan oleh YB Khairy Jamaluddin pada tahun 2015 lagi setelah mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada ketika itu.
  4. Sudah pasti, ia adalah hasil daripada pentadbiran negeri kepada ketika itu dibawah Barisan Nasional menunjukkan kesungguhan untuk membawa temasya berprestij itu ke bumi Johor.
  5. Buktinya jelas, apabila diumumkan Johor sebagai tuan rumah SUKMA 2020, Kerajaan Negeri pada ketika itu dengan segera telah meluluskan dan menyalurkan RM32.16juta bagi menjayakan SUKMA 2020 tersebut.
  6. Mengenai Stadium Arena Larkin yang Syed Saddiq lawati baru-baru ini yang bernilai hampir RM350 juta, ia juga merupakan inisiatif Kerajaan terdahulu dibawah kepimpinan Barisan Nasional.
  7. Pada akhir tahun 2018, semasa pembentangan bajet Malaysia 2019, Exco Belia & Sukan pada ketika itu, YB Khuzzan pernah menyatakan kekecewaannya kerana di dalam bajet Malaysia 2019 tersebut tidak memperuntukkan bajet untuk SUKMA Johor 2020 dan tiada sebarang mesyuarat dilakukan setelah Pakatan Harapan memerintah. Pada ketika itu, Johor dilayan seperti ‘peminta sedekah’ oleh Syed Saddiq dan Kementerian beliau.
  8. Tetapi baru-baru ini, gaya Syed Saddiq datang melawat ke Johor untuk melihat fasiliti Sukma 2020 seolah-olah seperti semua yang dilakukan adalah hasil usaha beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan. Tindakan Syed Saddiq dan penyokongnya yang ‘kaki claim’ seperti ini menunjukkan mentaliti Pakatan Harapan yang tidak boleh diharap dan hanya mengambil nama daripada usaha kerajaan terdahulu.
Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.