Suami menteri alam sekitar miliki kilang di Pasir Gudang?

single-image

Seperti yang kita sedia maklum sehingga kini rakyat Johor khususnya penduduk di Pasir Gudang masih tertanya apa sebenarnya punca yang menyebabkan berlakunya gelombang kedua pencemaran udara di Pasir Gudang.

Hampir setiap hari media cetak mahupun media elektronik membuat liputan tentang bencana ini. Namun sedikit mengecewakan setiap liputan yang diberikan seperti ada yang kurang dan agak lompang. 

Misalnya berkenaan dengan 30 buah kilang yang dilaporkan sedang dalam penguatkuasaan pihak berkuasa kerana berpotensi mencemarkan alam sekitar. Tetapi sehingga ke hari ini masih tiada satupun nama-nama kilang yang didedahkan oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Jadi apakah sebenarnya yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan rakyat?

Terbaru, merujuk kepada pendedahan yang di buat oleh Facebook page Mandatjohor amat mengejutkan ramai pihak. Dikatakan suami kepada Menteri Alam Sekitar, Yeo Bee Yin memiliki 3 kilang di Pasir Gudang. Yakni IOI Pan Century Oleochemical, IOI Lipid Enzymetec dan IOI Pan Century Edible Oil.

Sememangnya berita ini diluar jangkaan semua pihak dan memberi pelbagai tanda tanya. Yang pasti kesemua tanda tanya tersebut merujuk kepada isu yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat Johor khususnya penduduk di Pasir Gudang sendiri.

Persoalan yang paling besar, adakah ini yang menjadi punca dan asbab mengapa kerajaan sering berdolak dalik untuk memberikan maklumat terperinci berhubung pencemaran di Pasir Gudang? Dan adakah Menteri Alam Sekitar cuba ingin sorokkan sesuatu dari rakyat?

Jika Menteri Alam Sekitar benar-benar telus, kita desak Menteri Alam Sekitar untuk dedahkan nama-nama kilang yang dikatakan bertanggungjawab ke atas pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang.

Dan adakah kilang yang dimiliki suaminya sendiri terlibat ataupun tidak dalam isu ini? Jadi rakyat perlu menuntut kepastian dan penjelasan dari Menteri Alam Sekitar.

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.