Standard latihan paling tinggi dalam komando

single-image

Anggota komando pegang plat sasaran, kemudian anggota lain menembak plat tersebut di tangan menggunakan peluru hidup. Ini bukanlah satu persembahan yang dibuat untuk demostrasi sahaja. Tetapi sebenarnya adalah latihan sebenar yang dilaksanakan secara runtin di dalam kem latihan komando. Sesekali mereka buat demostrasi tersebut untuk orang awam mengetahui kemampuan mereka.

Latihan ini adalah standard paling tinggi dalam komando mana-mana pelusuk dunia pun. Sebab ia adalah penting untuk membentuk tahap keyakinan yang tinggi anggota dalam berhadapan situasi sebenar, peluru sebenar, dan nyawa sebenar. Hanya anggota komando sahaja menerima latihan begini, bukan untuk anggota biasa yang lain. Dan mereka berlatih menembak piring sasaran sehingga 100% tanpa tersasar, kemudian barulah ujian tembakan bahaya menggunakan sasaran hidup dibenarkan. Tiada sedikit pun kesilapan dibenarkan, sebab jika ia berlaku nyawa adalah akibatnya. Inilah yang berlaku kepada Allahyarham Mej Zahir hari ini.

Biarpun anggota memakai jaket kalis peluru, tetapi ia bukanlah jaminan keselamatan nyawa 100%. Jaket kalis peluru hanya melindungi kira-kira 35% anggota badan sahaja, iaitu di organ krtikal tengah anggota badan. Manakala 65% bahagian lain adalah titik buta yang masih mampu membunuh. Hanya tersasar 1 inchi sekalipun, nyawa adalah taruhannya. Itulah hakikatnya pengorbanan anggota tentera, nyawa mereka adalah taruhan sebenar bukan sahaja di padang perang, tetapi juga ketika latihan.

Kami dari tim Perajurit mengucapkan takziah kepada keluarga AR Badul dan mengharapkan rakyat Malaysia menjaga aib arwah Mej Zahir dengan tidak menyebarkan video dan gambar ngeri arwah. Menjaga aib mayat adalah wajib bagi umat Islam, dan jatuh hukum berdosa sekiranya dilakukan dengan segaja.

“Barang siapa yang menutup (aib atau cacat) seorang Muslim, maka ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.” Hadis Riwayat Muslim

Al-Fatihah

Sumber : Facebook Perajurit – Penjana Permikiran Pertahanan

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.