Sifat pekerja restoran makanan segera ini patut disampaikan ke pihak pengurusan

single-image

Melalui pertolongan yang kita hulurkan orang lain akan mendapatkan kepuasan dan kebahagiaan. Mereka merasakan kita ini ada dan diperlukan oleh orang lain. Bantuan yang kita berikan sangat bermakna bagi mereka. Apabila kita memerlukan pertolongan daripada mereka pada suatu masa kelak, sudah pasti mereka akan memberikan bantuan pula dengan rela hati.

Tolong- menolong merupakan suatu kewajipan bagi setiap manusia.Sifat tolong- menolong akan dapat membantu orang lain. Jika kita memerlukan bantuan pula,tentunya orang lain akan menolong kita. Dengan tolong- menolong kita akan dapat membina hubungan baik sesama manusia. Tolong- menolong juga dapat memupuk rasa kasih sayang antara jiran tetangga, antara kawan,dan masyarakat.

Baru-baru ini tular kisah seorang pekerja restoran makanan segera yang menolong seorang individu di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh. Berikut merupakan perkongsian beliau:

Semalam saya singgah di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh. Saya beratur utk memesan makanan. Queue agak panjang. Ketika itu isteri saya bersama dengan ibu saya di surau. Di poket saya tiada cash walau sesen pun ketika itu. Bila hampir tiba giliran saya, saya cuba hubungi isteri saya tapi panggilan saya tidak berjawab. Saya cuba call anak² perempuan saya yg ketika itu bersama ibu dan nenek mereka, pun tidak berjawab. Saya fikir mereka mungkin sedang solat atau menguruskan ibu saya di toilet.

Bila tiba giliran saya, saya bertanya kpd cashier samada menerima pembayaran melalui kad debit. Malangnya tidak. Saya beritahu cashier bahawa saya langsung tiada cash di tangan. Utk call isteri atau anak² ketika itu tidak begitu appropriate kerana org yg beratur agak ramai.

Anak muda cashier ini Firdaus Fitri bertanya kpd saya “Pakcik nak order banyak ke? Kalau utk seorang tak apa saya belanja”. Saya beritahu dia saya nak order utk 9 orang. “OK Pakcik…Pakcik order dulu…lepas tu boleh ambil duit kat ATM”. Saya tanya di mana letaknya mesin ATM terhampir. Dia beritahu ada di stesen Petronas. Jaraknya agak jauh utk berjalan kaki.

“Pakcik boleh bawa motor tak?” tanya Firdaus Fitri. Saya angguk. “Lepas order ni Pakcik jumpa saya di belakang ambil kunci motor…ya”.

Selesai membuat pesanan, saya terus menuju ke pintu keluar utk ke arah belakang restoran. Masa itu saya bertemu dgn isteri dan anak² bersama ibu saya. Lega. Saya lalu meminta sedikit cash dan terus membuat pembayaran. Saya minta izin Firdaus Fitri utk merakam foto beliau. Anak muda Kelantan ini berjiwa besar, berhati mulia, baik hati dan yg penting dia ada skill pengurusan yg baik dlm menyelesaikan masalah. Kalau dilatih anak muda ini dia mampu menjadi seorang Pengurus yg baik. Tahniah A&W Hentian Rehat Ayer Keroh kerana memiliki seorang kakitangan yg berkualiti.

Melalui pertolongan yang diberikan kepada orang lain sebenarnya kita menolong diri sendiri. Kita tidak perlu ragu-ragu untuk menolong orang lain. Dengan menolong orang lain, hidup kita akan terasa bermakna dan jauh dari rasa kekecewaan.Tuhan akan membalas kebaikan yang telah kita lakukan.Pertolongan yang diberikan tidak semestinya dengan harta dan wang ringgit, tetapi boleh juga kita hulurkan dalam bentuk fikiran dan tenaga. Malah kita juga boleh membantu seseorang dengan memohon doa kepada Tuhan.

Kadang-kala kita merasa amat jengkel pada orang yang mampu untuk menolong seseorang tetapi tidak mahu melakukannya. Begitu ramai orang kaya yang tidak mahu membelanjakan sebahagian hartanya untuk orang miskin walhal itulah tuntutan agama yang perlu mereka tunaikan. Bahkan sebaliknya berlaku di mana orang kaya menggunakan kekayaannya menindas orang miskin seperti memonopoli suatu perniagaan dan mengenakan bayaran perkhidmatan yang tinggi.Akibatnya orang miskin bertambah miskin manakala orang kaya bertambah kaya.Banyak juga orang bijak pandai yang tidak mahu mengajarkan ilmunya kepada orang yang jahil sebaliknya mereka yang berilmu tinggi ini membohongi orang kampung demi untuk mencapai keuntungan peribadi.

Foto Firdaus Fitri

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.