Sheikh Umar pilih kasih

single-image

Seperti kita maklum Sheikh Omar merupakan Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi di negeri Johor. Jadi pada 13 Julai 2019 yang lalu, dikatakan terdapat satu program Touch Rugby Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di SMK Sultan Ismail, Johor.

Difahamkan, Sheikh Umar telah dijemput untuk merasmikan program Touch Rugby pada petang hari kejadian. Malah, Sheikh Umar juga dikatakan telah mengesahkan kehadirannya bagi merasmika program tersebut.

Tetapi malangnya, pada saat-saat akhir Sheikh Umar telah membatalkan kehadirannya untuk ke majlis tersebut. Jadi benarkah Sheikh Umar telah mengambil keputusan saat-saat akhir untuk membatalkan kehadirannya itu?

Namun jika kita lihat di Facebook rasmi miliknya, pada pagi hari yang sama Sheikh Omar ada menghadiri program keusahawanan di SK Bukit Tongkat. Di mana sekolah berkenaan merupakan dalam ruang lingkup kawasan ‘jajahannya’.

Jadi jika paginya, Sheikh Umar boleh menghadiri program di SK Bukit Tongkat kenapa petang harinya Sheikh Umar tidak menghadiri program di SMK Sultan Ismail? Walhal program di SMK Sultan Ismail merupakan program peringkat kebangsaan berbeza dengan program di SK Bukit Tongkat yang hanya di peringkat sekolah sahaja.

Persoalannya, adakah Sheikh Umar pilih kasih hanya memilih untuk menghadiri program di kawasannya sahaja?

Malah dari hasil pemerhatian, jadual Sheikh Umar pada petang harinya juga tidak terisi dengan apa-apa aktiviti. Jadi apa alas an Sheikh Umar membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir untuk menjadi perasmi bagi program Touch Rugby di SMK Sultan Ismail?

Dalam pada itu, suka saya untuk mengingatkan Sheikh Umar jangan mudah lupa bahawa dirinya bukan sahaja memegang portfolio Pembangunan Usahawan tetapi turut memegang portfolio Sukan. Jadi jangan berat sebelah dan bersifat pilih kasih jika mendapat apa-apa sahaja undangan yang luar daripada kawasannya.

Jika benar tidak dapat menghadirkan diri dalam apa-apa jua majlis yang dijemput setidak-tidaknya maklumkanlah lebih awal bukannya membiarkan sesuatu majlis itu lopong begitu sahaja.

Apa-apa pun, diharapkan perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada Sheikh Umar selaku Exco Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi di negeri Johor.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.