Sheikh Omar jangan main wayang, kalau berani keluar DAP

single-image

Sebelum ini kenyataan hasutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO-PAS adalah ‘perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu. Selang beberapa hari kemudian, Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming pula bertindak mengeluarkan kenyataan yang juga berbaur hasutan.

Nga Kor Ming telah mengeluarkan kenyataan dengan menakut-nakutkan rakyat bukan Melayu dengan memberi gambaran bahawa kerjasama UMNO-PAS akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti ini berjaya membentuk kerajaan kelak.

Melihat kepada kedua-dua kenyataan ini, ia bukan sahaja kenyataan yang rasis tetapi ia juga kenyataan yang berbahaya kerana kenyataan seperti itu secara tidak langsung boleh menggugat keharmonian dan perpaduan negara ini. Malah lebih terus lagi ia seakan-akan menimbulkan bibit-bibit unsur keganasan .

Pendek kata, kenyataan seperti ini jelas mengambarkan bahawa parti DAP sedang membunyikan semboyan kebencian masyarakat bukan Melayu terhadap masyarakat Melayu di negara ini. Dalam masa yang sama juga, ia menunjukkan sikap sebenar DAP yang bersikap perkauman bukanlah seperti yang dicanang-canang sebelum ini kononnya parti DAP memperjuangkan demokrasi dan agenda rakyat.

Sejurus heboh tentang isu kenyataan berbaur hasutan ini, Sheikh Omar Ali bagaikan seorang hero menegur pemimpin-pemimpin DAP supaya berhati-hati ketika membuat sebarang ulasan isu-isu semasa termasuk perkembangan politik kepartian atau urusan rakyat dan kerajaan.

Namun, tindakan Sheikh Omar Ali sememangnya wajar tetapi apabila difikirkan semula, adakah pemimpin tertinggi DAP mahu mendengar nasihat picisan seperti ini?

Malah bukankah sebelum ini Sheikh Omar ada menyatakan bahawa beliau mampu menjadi ‘jambatan’ untuk perkenalkan Islam kepada DAP. Jadi selama ini apa yang Sheikh Omar buat dalam DAP?

Jika benar pemimpin-pemimpin DAP sudah ditarbiah oleh Sheikh Omar sudah pasti mereka tidak berani mengeluarkan kenyataan yang berunsur ancaman dan menakut-nakutkan rakyat.

Tetapi malangnya, sudah terlambat untuk Sheikh Omar Ali memberi nasihat kepada pemimpinnya kerana kini segalanya sudah terbukti bahawa parti DAP adalah sebuah parti yang rasis. Untuk apa kenyataan seperti ini dikeluarkan disaat-saat rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan? Apatah lagi dengan kenyataan hasutan seperti itu.

Jadi semua ini tidak ubah seperti pemetasan wayang yang sengaja diaturkan bagi mengubah persepsi rakyat terhadap parti DAP. Malah ia seolah-olah untuk meraih simpati rakyat terhadap parti DAP selepas dihentam teruk oleh pelbagai pihak termasuk semua lapisan masyarakat.

Jika benar-benar Sheikh Omar ikhlas mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk mempertahankan agama dan bangsa sendiri, beliau perlu buat sesuatu untuk membuktikan tindakannya. Jika berani silalah keluar dari DAP kalau pemimpin-pemimpin DAP berterusan memperjuangkan agenda ekstrem termasuk menghina bangsa Melayu dan agama Islam.

Jangan hanya berlagak baik dihadapan rakyat tetapi dibelakang rakyat seperti lembu dicucuk hidung mengikut sahaja kehendak pemimpin-pemimpin atasan. Jadi jika benar-benar ikhlas berjuang demi mempertahankan bangsa dan agama, sila keluar dari DAP. Lagipun, dalam Pakatan Harapan banyak lagi parti yang bertunjangkan Melayu dan Islam.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.