Sheikh Omar jangan jadi ‘penjilat’ DAP

single-image

Anda masih ingat dan kenal wakil DAP iaitu Sheikh Omar Ali merangkap Exco Belia, Sukan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor? Sebelum ini Sheikh Omar dikaitkan dengan pelbagai isu antaranya salah guna kuasa dalam melantik kontraktor untuk festival di Ayer Hitam, isu lantikan sebagai Ahli Lembaga YADIM dan banyak lagi.

Malah ada banyak persoalan yang dibangkitkan sebelum ini masih lagi tergantung dan tidak dijawab oleh Sheikh Omar. 

Baru-baru ini pula kecoh, Sheikh Omar dikatakan bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Labis (DAP), Pang Hok Liong yang ingkar akan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. 

Memang tidak salah, untuk orang bukan Islam menjejakkan kaki ke surau atau masjid. Tetapi yang menjadi isunya kini adalah menjadi kesalahan jika kehadiran ahli politik ke surau ataupun masjid mempunyai unsur-unsur politik. Tidak kiralah seseorang itu beragama Islam ataupun tidak ia tetap salah kerana surau dan masjid bukan tempat yang sesuai untuk bercakap tentang politik.

Jadi tindakan Sheikh Omar mempertahankan Ahli Parlimen Labis ini secara tidak langsung menimbul tanda tanya adakah Sheikh Omar cuba mempertikaikan kemurkaan DYMM Sultan Johor berkenaan isu ini?

Namun apa yang jelas boleh dilihat kini, rata-rata orang Melayu yang ada dalam DAP acap kali mempertahankan pemimpin DAP lain jika mereka disentuh. Tetapi jarang sekali kita lihat mereka bersungguh-sungguh untuk mempertahankan agama Islam mahupun bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu dalam soal apa-apa pun.

Contohnya yang kita boleh lihat sebelum ini apabila isu meratifikasi Konvesyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dibangkitkan oleh beberapa  pemimpin DAP yang bersungguh-sungguh mahukan kerajaan Pusat meratifikasi perjanjian tersebut. 

Hairannya kenapa tiada seorangpun orang-orang Melayu dalam DAP termasuk Sheikh Omar bersuara tentang hal ini atau cuba bertindak mempertahankan hak bumiputera, orang Melayu dan Agama Islam sendiri?

Tetapi apabila pemimpin mereka ‘disentuh’ laju sahaja mereka bertindak untuk mempertahankannya lebih-lebih lagi Sheikh Omar. Walaupun sudah jelas pemimpin mereka sendiri yang melanggar arahan pekeliling yang sudah dikeluarkan sebelumnya. 

Apa yang penting sekarang ini daripada sibuk-sibuk menjilat pemimpin DAP lebih baik Sheikh Omar memberi fokus pada portfolio yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya terutamanya yang melibatkan usahawan dan belia di Johor ini. Kalau boleh rakyat tahu, sudah berapa ramai  usahawan Melayu telah Sheikh Omar bantu selama setahun dirinya menjadi Exco usahawan?

Malah dalam tempoh ini juga apa usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk membantu ekonomi orang Melayu di Johor amnya? Sheikh Omar perlu ingat jangan dek kerana terlalu ‘khusyuk’ berpolitik sampai terlupa akan segala tanggungjawabnya dan perancangannya terhadap pembangunan rakyat terutamanya kepada belia di Johor. 

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.